JDT mampu selesaikan masalah Levi Madinda di Sabah FC


  • Podium
  • Khamis, 07 Jul 2022

Levi Madinda dilihat mampu menampilkan kemampuan sebenar bersama JDT.

KEMASUKAN pemain import, Levi Madinda ke Johor Darul Takzim (JDT) dilihat dapat memberi peluang kepada pemain itu untuk mempamerkan kemampuan sebenarnya.

Perkara itu dimaklumkan pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri yang mengakui Madinda sebagai pemain yang sangat baik ketika beraksi bersama Sabah FC sebelum ini.

"Masa dia di Sabah, mereka yang melihat permainan Madinda akan nampak kelebihannya. Dia mempunyai one touch passing yang sangat baik. Hantaran dia boleh membuka ruang.

"Bayangkan dia diberi peluang berada di posisi Velazquez dan kat depan dia ada Bergson Da Silva yang garang dengan peluang. Secara teorinya, agak dahsyat kalau Madinda berada di best form," katanya.

Levy-Madinda-MFL-1980x1319

Levi Madinda sewaktu beraksi untuk Sabah FC. — Facebook

Zuraimi turut mempersoalkan mengapa Sabah FC tidak dapat hasil maksima daripada pemain itu dan memberitahu yang pasukan lamanya tidak mampu menyelesaikan masalah Madinda.

Jelasnya, masalah yang dihadapi Madinda dan tidak dapat diselesaikan Sabah FC adalah kecergasan pemain itu yang tidak mencapai tahap maksima atau sekurang-kurangnya tahap diperlukan dalam Liga Super.

"Adakah JDT mampu selesaikan masalah tersebut? Ya, mereka ada fasiliti dan staf terbaik di Malaysia dan Asean.

"Sebenarnya ramai pemain bagus ada di Malaysia tetapi mereka tak capai potensi maksimum kerana kelab tidak menyelesaikan masalah sebenar.

"Mereka mudah putus asa dengan pemain dan suka jalan pintas iaitu tukar," katanya.

291407853_2333063110190308_5546281736024529232_n

Pemilihan Levi Madinda mengejutkan penyokong JDT. — Facebook/Johor Southern Tigers

Terdahulu, Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan kemasukan satu lagi pemain import baharu iaitu Madinda yang beraksi di posisi tengah.

Pemain yang berusia 30 tahun ini turut mempunyai 53 kaps bersama skuad kebangsaan Gabon dan juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang terkemuka dunia, Pierre-Emerick Aubameyang.

Setelah menampilkan prestasi yang baik bersama Sabah dalam saingan Liga Super musim lepas, Madinda mendapat kepercayaan untuk beraksi di pentas antarabangsa bersama Gabon dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Madinda juga mempunyai pengalaman beraksi di Eropah dimana beliau pernah menyarung jersi kelab Sepanyol, Celta Vigo , kelan Greece, Asteras Tripolo dan beberapa kelab Turki seperti Ümraniyespor serta Ankara Keçiörengücü. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram