TULAR rakaman klip video di media sosial kejadian pergaduhan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi menghentak pemandu Perodua Myvi menggunakan helmet.
Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan indivdu dipercayai pemandu Myvi berkenaan dalam keadaan muka berlumuran darah dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi 3 minit 15 saat, kejadian yang dipercayai berlaku di Cheras, Kuala Lumpur itu dikatakan berpunca daripada kereta Perodua Myvi tersebut menggunakan laluan salah sehingga melanggar motosikal tersebut.
Rakaman video tular seorang penunggang motosikal mencederakan pemandu Myvi. — Facebook
Sebaik pemandu Myvi itu memarkir keretanya, penunggang motosikal itu dilihat terus menuju ke arah kenderaan terbabit dan kedua-duanya nampak sedang berbincang sesuatu.
Namun penunggang motosikal tersebut terus menghayunkan helmetnya pada pemandu itu sehingga dia jatuh dan menyebabkan kejadian serius di bahagian mata kanan.

Kecederaan yang dialami mangsa setelah dipukul menggunakan helmet.
Turut kedengaran penunggang tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif.
"Motor aku rosak sekarang, aku dah berhenti pun kau langgar," kata lelaki tersebut.
Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna sosial.
Menurut pengguna Facebook, Eden Kwan mendakwa dirinya sebagai rakan mangsa dan turut berada bersama mangsa di tempat kejadian.
Dia turut mendakwa mereka berhenti sejurus berlaku pelanggaran untuk berbincang.
"Kawan saya berhenti untuk berbincang dengan penunggang tersebut dan melihat keadaan motosikal tersebut namun tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia terus dihayun dengan helmet,"
"Saya cuba bantu tapi dia terus bertindak agresif dan cuba mencederakan saya pula," katanya. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
