Kedah, Sabah dah 'merasa', kelab lain patut 'loan' lebih ramai pemain JDT


  • Podium
  • Jumaat, 01 Jul 2022

JDT sememangnya kelab yang sangat digeruni dan sentiasa menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan. — Johor Southern Tigers

SATU perkara tidak dapat dinafikan adalah pengaruh Johor Darul Takzim (JDT) yang mempunyai satu pasukan yang cukup kuat.

Bukan kesebelasan utama sahaja, pemain gantian pun terdiri daripada pemain yang hebat, bukan hanya sekadar menjadi pelengkap skuad.

Lambakan pemain hebat di JDT itu yang membuatkan timbul pertikaian mengenai minit permainan, satu perkara yang tidak pernah menjadi faktor perbincangan hangat dalam kalangan peminat sebelum ini.

008078700_1566907699-000_1BI4IG

Sumareh dikritik kerana aksi hambar ketika bersama skuad kebangsaan. — Agensi

Kita ambil contoh pemain JDT, pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh yang mendapat kritikan penyokong Harimau Malaya kerana tidak mempamerkan aksi dengan baik seperti sebelum ini.

Banyak faktor yang dikaitkan dengan prestasi merudum Sumareh dan satu daripadanya adalah minit permainan yang terlalu sedikit kerana JDT mempunyai ramai pemain hebat dan peluang untuk beraksi juga amat tipis.

Bayangkan jika Sumareh diletakkan bersama dengan pasukan lain, dengan prestasi sebelum ini, pasti Sumareh akan diletakkan dalam kesebelasan utama dan momentum permainan itu juga akan memberinya keyakinan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Ada yang berpendapat, lambakan pemain berkualiti yang ada di JDT sepatutnya dipinjamkan kepada pasukan lain.

Syafiq-Ahmad-Kedah-Darul-Aman-FC

Syafiq Ahmad antara pemain pinjaman JDT yang banyak membantu KDA FC. — Facebook

JDT sudah berbuat demikian sebelum ini menerusi Syafiq Ahmad yang dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA FC) dan beraksi dengan cukup cemerlang dalam pasukan tersebut.

Begitu juga dengan dua lain pemain iaitu Irfan Fazail dan Stuard Wilkin yang dipinjamkan ke Sabah FC.

Terbaharu, Akhyar Rashid pula dikatakan akan dipinjamkan ke Sabah FC namun belum ada pengesahan dan pemain itu masih menjalani latihan bersama skuad JDT selepas jendela perpindahan pemain kedua ditutup baru-baru ini.

Jika dilihat dalam senarai pemain JDT, ramai lagi pemain berkualiti yang menghabiskan masa di bangku simpanan antaranya dua pemain senior S. Kunanlan dan Safiq Rahim.

Dua pemain ini amat jarang beraksi tetapi jika dipinjamkan ke pasukan lain, pasti menjadi rebutan dan boleh memberi impak positif bukan sahaja kepada pasukan, tetapi aksi skuad bola sepak kebangsaan khususnya.

Bukan apa, mungkin atas kertas pemain pinjaman selalunya melibatkan pemain muda, tetapi sejarah sudah membuktikan pemain berpengalaman juga boleh kembali menemui sentuhan sebenar menerusi tempoh pinjaman dan ia boleh dilihat menerusi senario di luar negara, contohnya Radamel Falcao, Gonzalo Higuain, Carlos Tevez dan Alvaro Morata ketika dipinjamkan oleh kelab asal.

Amri-Yahyah-Sabah-FC-Melaka-United-2021-kurniawan-komen

Amri Yahyah cukup menyinar bersama Sabah FC berbanding di JDT. — Agensi

Malah, pemain legenda Selangor FC, Amri Yahyah yang sebelum ini pernah beraksi bersama JDT tetapi banyak di bangku simpanan juga kini menjadi tunjang utama bila berada di kelab lain iaitu Melaka United dan terkini di Sabah FC.

Selain JDT boleh meminjamkan pemain mereka, ia juga boleh memberi peluang 'naik pangkat' pemain-pemain di JDT II manakala skuad Piala Presiden pula boleh dinaikkan ke JDTII.

Perkara itu bukan sahaja memberi perkembangan yang lebih baik kepada pasukan JDT, tetapi juga dalam masa sama memberi perkembangan yang baik buat liga tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram