Tak puas hati bapa nikah lagi, remaja nekad tembak isteri muda


  • Benua
  • Khamis, 30 Jun 2022

Mangsa mendapatkan rawatan selepas ditembak di bahagian punggung. — Agensi

TIDAK dapat menerima hakikat bapanya berkahwin lagi, seorang remaja berusia 18 tahun nekad mahu membunuh isteri muda lelaki itu dalam kejadian di Desa Tekul, Kecamatan Pagar Gunung, Lahat, Indonesia.

Pegawai Polis Kota Agung berkata, mangsa dikenali sebagai Desa Satriani manakala bapa suspek bernama Carli.

Katanya, kejadian berlaku di rumah jiran mereka, Jangsani di Desa Kedaton, kira-kira pukul 6.30 petang pada Selasa lalu.

“Semasa kejadian, wanita itu sedang mengunjungi Jangsani untuk bertemu seorang lagi rakannya.

“Tiba-tiba, pelaku datang membawa senapang angin dan mangsa terus mengunci pintu rumah,” katanya seperti dipetik portal Kompas.com.

Menjelang malam, Satriani dilaporkan keluar dari rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi tembakan senapang angin.

Katanya, wanita itu menyedari pinggulnya panas dan berdarah.

“Mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Suspek pula melarikan diri dari lokasi kejadian serta-merta,” kata polis.

Difahamkan, remaja itu pulang ke rumah dan bertemu ayahnya, Carli di Desa Tanjung Baru.

Jelas polis, Carli cuba menasihati anaknya, namun pelaku berasa kesal dengan sikap orang tuanya dan menembak kaki ayahnya, namun lelaki itu mengalami luka ringan.

Polis mengesahkan kejadian itu dan difahamkan kedua-dua pihak sudah berdamai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram