Misteri Penang FC belum menang mula terjawab


  • Podium
  • Ahad, 19 Jun 2022

Sebahagian daripada aksi perlawanan antara Penang FC menentang PJ City FC pada Sabtu. — Berita Harian

PASUKAN tercorot dalam Liga Super, Penang FC nampaknya masih buntu dalam mencari kemenangan apabila sekadar mencatat keputusan seri dalam perlawanan menentang PJ City pada Sabtu.

Keputusan itu nyata amat mendukacitakan penyokong yang dahagakan kemenangan selepas skuad Harimau Kumbang mencatatkan empat kekalahan sebelum ini.

Beberapa peminat sudah mula bertemu punca prestasi merudum skuad Harimau Kumbang walaupun kini dibimbing jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.

Seorang penyokong Penang FC, Dhil Kcl berkata, penyokong perlu menerima hakikat tersebut terutamanya bila pasukan tidak mempunyai bajet yang tinggi.

"Ada rezeki keputusan seri, tiada rezeki, kalah. Sudahlah hampir semua pemain tempatan tidak mencapai standard Liga Super, pemain import pula tidak boleh diharap lagi-lagi trio Brazil (Casagrande, Rafael Vitor dan Endrick dos Santos)," katanya.

286515673_443536200932519_3246102586754712731_n

Kesebelasan utama skuad Harimau Kumbang ketika bertemu Perak FC sebelum ini. — Facebook/Penang FC

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Kheng Jhun Hong berkata, masih tidak nampak apa strategi yang dilakukan Penang FC kerana tiada sebarang asakan terhadap lawan dan kerap bermain di kawasan sendiri sahaja.

"Dah tukar jurulatih pun sama sahaja. Maksudnya pemain yang bermasalah. Tiada semangat langsung. Tengok bola sahaja. Game seterusnya dengan Terengganu jangan kena belasah cukuplah," katanya.

Bersetuju dengan pendapat tersebut ialah seorang lagi penyokong, Saiful Nizam Dato' Zakaria yang berkata, pemain Penang FC seperti tiada hati dan semangat untuk bermain.

287537550_445684700717669_8518502119000069015_n

Penang FC masih buntu mencari kemenangan walaupun dibimbing jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan. — Facebook/Penang FC

"Rafael, Rotini, Faizat dan Saravanan nampak macam tiada hati nak main. Sudah tiga jurulatih berlainan tetapi keputusan masih sama.

"Jadi yang menjadi maslah adalah pemain. Perlawanan semalam macam main taraf liga M3," katanya.

Menerusi perlawanan pada Rabu, Penang FC sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan PJ City FC dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam perlawanan tersebut, PJ City FC membuka tirai jaringan gol menerusi S Kumaahara pada minit ke-36.

Gol penyamaan Penang FC pula dijaringkan Anselmo Arruda Da Silva menerusi tandukan pada minit ke-63. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram