Menang tipis, penyokong cadang 2 nama ambil penalti


  • Podium
  • Ahad, 19 Jun 2022

Pemain Sabah FC meraikan kejayaan selepas menang terhadap Sri Pahang di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu. — Facebook/FB Sabah Football Club

SKUAD The Rhinos nampaknya terus mengamuk dengan menewaskan Sri Pahang FC, 2-1 dalam aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Tambah manis, kemenangan itu juga menjadikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu merampas kedudukan selaku peneraju Liga Super dari Johor Darul Takzim (JDT).

Walaupun kemenangan tersebut disambut gembira oleh penyokong Sabah FC, masih terdapat beberapa teguran terutamanya selepas dua gol menerusi sepakan penalti gagal dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar dan Neto Pessoa.

Seorang penyokong Sabah FC, Mar Dean berkata, pasukan itu perlu memilih pemain lain untuk mengambil sepakan penalti apatah lagi sebelum ini juga pemain sama gagal menjaringkan gol.

Perkara sama turut diakui oleh Faizal Ebrahim yang menyatakan bahawa jika dua gol penalti itu dapat dijaringkan, Sabah FC sudah boleh menang besar dalam perlawanan tersebut.

289121662_3265535907026853_3400302030955356308_n

Pessoa gagal menjaringkan gol sepakan penalti untuk pasukannya. — Facebook/FB Sabah Football Club

"Selepas ini beri Jackson de Souza pula yang ambil sepakan penalti. Apa pun terbaik Sabah, yang penting tiga mata," katanya.

Aliamat Sungai pula berkata, selain Jackson, pemain lain yang boleh diberi peluang untuk mengambil sepakan penalti adalah Park Tae-su dan Rizal Ghazali dan Saddil Ramdani.

Perkara sama turut dinyatakan Anna Oyoh yang tidak mahu Baddrol dan Neto mengambil sepakan penalti, sebaliknya diberikan kepada Tae-su sahaja.

Dalam pada itu, Sano Rain berkata, Sabah FC perlu melakukan latihan penalti dengan kerap kerana itu peluang keemasan bagi pasukan.

287772370_3265535797026864_4871939996206111196_n

Sebahagian daripada aksi antara Sabah FC menentang Sri Pahang FC pada Sabtu. — Facebook/FB Sabah Football Club

"Sayang penalti itu tidak gol. Kalau itulah satu-satu peluang dan tidak masuk, memang keputusannya mengecewakan. Apatah lagi separuh masa kedua corak permainan Sabah FC mula menurun," katanya.

Namun, penyokong lain seakan memaafkan kesilapan penalti tersebut selepas pasukan itu berjaya meraih tiga mata menerusi gol yang dijaringkan Pessoa dan Taiki Kagayama.

Sri Pahang FC pula sekadar menjaringkan satu gol menerusi jaringan sepakan penalti Manuel Hidalgo pada minit ke 60. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram