Pengganti Syamer, Corbin mula diintai


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Corbin (kiri) dan Syamer perlu mempunyai pengganti sebelum Piala Asia membuka tirai.

TANYALAH kepada mana-mana penyokong Harimau Malaya, nama Syamer Kutty dan Corbin Ong antara pemain yang pasti dipuji disebabkan aksi mantap mereka di atas padang.

Namun, harus diakui bahawa buat masa ini, skuad kendalian Kim Pan-gon masih belum mempunyai pemain yang boleh menggantikan Syamer dan Corbin.

Skuad bola sepak negara sebenarnya wajib mencari pemain yang boleh menjadi pilihan kedua selepas Syamer dan Corbin sebelum Piala Asia bermula tahun depan.

Menyatakan perkara sama, seorang penyokong Harimau Malaya, Syahmi Syahiran Ahmad Ridzuan berkata, Pan-gon perlu mencari pengganti Syamer walaupun sukar nak mendapatkan saiz fizikal yang sama, sekurang-kurangnya perlu dapat pemain yang mempunyai usaha sama seperti pemain itu.

WhatsApp Image 2022-06-16 at 9.47.30 PM

Pemain yang boleh menggantikan Syamer, (Dari kiri) Khairu Azrin, Akram dan Brendan Gan.

"Pengganti Syamer perlu ada sikap untuk mengasak lawan dari awal sampai habis perlawanan. Kena cuba semua pemain tengah dalam liga tempatan seperti Hong Wan, Gary, Khairu Azrin, Ryan Lambert, Akram, Kenny, Aroon Kumar, Brendan Gan, David Rowley dan beberapa pemain lain," katanya.

Sementara itu, dia juga merasakan skuad negara memerlukan pemain yang seakan sama seperti pemain pertahanan sedia ada, Corbin.

Jelasnya, pemain yang dirasakan sesuai untuk mengganti Corbin adalah bekas pemain Kuala Lumpur City FC, Danial Ting disebabkan saiz fizikal dan kemahiran bertahan yang hampir sama dengan Corbin.

WhatsApp Image 2022-06-16 at 9.48.50 PM

Danial Ting masih tidak bersama dengan mana-mana kelab selepas keluar dari Kuala Lumpur City FC. — Agensi

"Tetapi kena move on dan kena cuba semua pemain pertahanan dalam liga seperti Khair Jones, Tommy Mawat, Nazirul Naim, Azmeer Aris, Declan Lambert, Fazly Mazlan, Azwan Aripin, K Kannan, Filemon Anyie, Syazwan Andik, Khairul Anwar, Arif Fadzilah dan lain-lain," katanya.

Ujarnya, pentas Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga dilihat memberi kelebihan kepada pemain Kedah dan Kuala Lumpur untuk mempamerkan kebolehan mereka kepada Pan-gon.

Tambahnya, dalam kelayakan Piala Asia yang lalu, tiada pemain daripada kedua-dua kelab itu dipanggil dan ini mungkin peluang terbaik buat mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram