KHABAR angin pemain bola sepak Nor Azam Azih akan meninggalkan Sri Pahang FC untuk berhijrah ke pasukan Johor Daruk Ta'azim (JDT) bagaikan sudah terjawab.
Perkara itu dijelaskan apabila Sri Pahang FC memuat naik video di ruangan Insta Story milik akaun Instagram rasmi dengan kenyataan: "Jiwa aku hanya untuk Sri Pahang".
Kata-kata ringkas pemain tengah Harimau Malaya itu sekali gus memberi harapan buat penyokong dan peminat bahawa beliau akan terus kekal bersama skuad Tok Gajah.
Berita tersebut turut menarik perhatian pengguna media sosial Twitter yang mengatakan Azam Azih, 27, akan terus setia memandangkan beliau telah berjanji dengan arwah bapanya.
Tangkap layar Insta Story Sri Pahang FC mengenai Azam Azih yang akan bermain dengan pasukan Tok Gajah. — Instagam
"Nampaknya seperti Pahang sedang dalam usaha untuk 'mematikan' khabar angin dengan mengatakan Nor Azam Azih akan kekal dengan pasukan 'gajah'!," tulis seorang warganet.
Pada masa sama, pengendali skuad Tok Gajah, Christophe Gamel turut mengakui masih memerlukan kehadiran Azam Azih dalam pasukan.
Dalam pada itu, difahamkan harga bintang berbakat besar itu turut meningkat mendadah sehingga didakwa mencecah nilai sejuta menerusi semakan sesawang Transfermarkt.com (19 Mei 2020) selain tergolong dalam senarai 10 pemain tempatan termahal.
Tentu sahaja jumlah angka tersebut terkait dengan prestasi cemerlang bersama skuad kebangsaan di bawah pimpinan Kim Pan-gon. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram