Prototaip terkini PS5 akan didedahkan tidak lama lagi


  • eSports
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Gambar prototaip controller tersebut masih kelihatan agak sama dengan controller DualSense sekarang cuma ada sedikit perbezaan. — Agensi

SEBUAH controller jenis baharu untuk PlayStation 5 (PS5) dilaporkan akan diumumkan Sony tidak lama lagi.

Laporan ini didedahkan wartawan terkenal Tom Henderson di Try Hard Guides. Controller yang dikatakan menggunakan nama kod 'Hunt' ini dikhabarkan akan memfokuskan kepada ciri-ciri yang lebih 'profesional'.

Antara ciri yang dilaporkan ada dalam controller 'Pro' ini adalah analog stick yang boleh dicabut, trigger stops dan mempunyai butang-butang di bawah-belakang.

Dengan adanya analog stick yang boleh dicabut, pemain boleh menukar stick tersebut sekiranya mengalami analog drift, satu isu yang Sony masih tidak dapat selesaikan dalam controller mereka sejak dahulu lagi.

Analog drift bermaksud analog stick tetap bergerak walaupun tiada sebarang sentuhan daripada pemain.

Trigger stops pula ialah satu modifikasi controller yang mana ia mengurangkan trigger latency dengan membuang jarak perjalanan yang diperlukan untuk melepasi titik pengaktifan trigger tersebut.

reflex-pro-steel-gray-hero-1638902401046

Controller baharu itu juga dikhabarkan akan menerima kemaskini software yang signifikan. Agensi

Butang-butang tambahan di bahagian bawah-belakang controller yang sering kita lihat dalam controller jenama SCUF dan NACON juga dilaporkan akan ditambah ke dalam controller baharu PS5 ini.

Selain itu, ada juga grip untuk memudahkan pemain memegang controller tersebut. Ia juga dikatakan boleh dicabut sekiranya pengguna tidak mahu menggunakannya.

Melalui banyak ciri baharu, controller baharu itu juga dikhabarkan akan menerima kemaskini software yang signifikan.

Menurut Henderson lagi, daripada gambar prototaip yang dia lihat, controller tersebut masih kelihatan agak sama dengan controller DualSense sekarang, namun ada sedikit perbezaan.

Sumber yang diterima Henderson mengatakan controller ini akan didedahkan 'tidak lama lagi'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Controller, Playstation 5, Baharu, Pro, Gaming