Penyokong Liga M tolak permintaan Singapura, elak peristiwa 2013 berulang


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Penyokong-penyokong bola sepak negara tidak bersetuju jika pasukan Singapura menyertai semula Liga M. — Agensi

KEGAGALAN pasukan Singapura untuk layak ke Piala Asia 2023 membuatkan peminat bola sepak negara itu terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat pasukan kebangsaan mereka beraksi di pentas berprestij Asia.

Singapura menamatkan saingan kelayakan di tangga ketiga kumpulan F, di belakang Tajikistan dan Kyrgyzstan, dengan hanya memperoleh satu kemenangan ke atas pasukan Myanmar.

Penyokong The Lions mula beranggapan Liga Perdana Singapura (SPL) tidak dapat menyediakan platform terbaik buat pemain tempatan untuk bermain bola di tahap tertinggi berikutan kualiti permainan di liga itu dikatakan sangat rendah.

Selama empat tahun Lions XII bermain di Malaysia, mereka pernah memenangi Liga Super pada 2013 dan Piala FA pada 2015.

Lions xii dalam

Lions XII pernah memenangi Liga Super pada 2013 dan Piala FA pada 2015. Agensi

Ini menunjukkan mereka mendapat manfaat daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M), sekali gus tidak terkejut jika penyokong The Lions berminat untuk melihat semula wakil daripada Singapura kembali beraksi dalam Liga M.

Susulan daripada khabar angin itu, penyokong-penyokong bola sepak negara tidak bersetuju jika pasukan jiran menyertai Liga M kerana tidak akan memberi sebarang manfaat buat Malaysian Football League (MFL) mahupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

"Tak perlu bawa pasukan dia, dulu berlagak sangat nak keluar sebab tak nak main dekat Liga Primer, bangunkanlah sendiri liga domestik mereka, diorang duit banyak anjur sahajalah Pesta Bola Merdeka jemput pasukan mereka," kata M Shah Rizan.

"Lebih baik jangan sebab nanti untung lebih kepada pihak dia sahaja, suruh hantar pasukan 'Young Lions' dihantarnya 'Lions XII', tujuan nak menguatkan team kebangsaan mereka sahaja," jelas Ain Fitri.

Tambahan lagi penyokong bola sepak tidak berminat pasukan jiran menyertai Liga M kerana mereka mendakwa akan merosakkan ekosistem bola sepak negara dengan kehadiran 'bookie' dari republik itu.

index

Satu agensi yang melaporkan kejadian isu 'bookie' di Singapura. Agensi

Ini kerana pada tahun 2013 satu laporan di South China Morning Post mendakwa bahawa sindiket merasuah pemain atau mengatur perlawanan yang terbesar di dunia adalah di Singapura.

"Jangan buat pasal, nanti penuh 'bookie' dalam Liga M. Bola sepak mereka biar mereka sendiri yang urus, jangan nak berlembut sangat bagi diorang masuk liga kita," ujar Stylo Keon.

"Sebab 'match fixing' dari seberang tambak ini membuat skuad negara dan liga negara ini jahanam masa pertengahan 90an dulu. Ramai pemain kita yang berbakat melingkup macam Azizol Abu Haniffa, Hassan Miskam, dan ramai lagi," jelas Fais Al-Hajari.

"Jangan! Bookie ramai dekat sana, nanti tambah masalah sahaja, bola sepak kita dalam proses untuk pulih, jadi jangan buat perkara yang salah," tulis Cikgu Aris.

1618821

Pasukan JDT berjaya membelasah pasukan Hougang United dengan kemenangan 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat. Facebook

Baru-baru kelab dari Singapura seperti Hougang United dan Balestier Khalsa ada melakukan siri persahabatan dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC yang mana menyaksikan pasukan itu kalah lebih dari empat jaringan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram