'Jangan pencenkan Azam ketika dia tengah bagus'


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Beberapa pasukan kini sedang mengintai peluang untuk memiliki Azam Azih bersama pasukan mereka. — Agensi

MAMPU beraksi dengan baik di bahagian pertahanan dan penyerang adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh pemain Sri Pahang FC, Azam Azih.

Perkara itu juga yang menjadi perhatian beberapa kelab termasuklah Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan bakal menyunting Azam untuk bersama mereka.

Azam sebenarnya berada di prestasi kemuncak apatah lagi membantu pasukannya mengikat JDT 2-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Turut bersetuju ialah, pemerhati bola sepak, Zuraimi Zukri yang berkata, menerusi lima perlawanan sebelum ini, Azam merekod empat gol dalam empat perlawanan berturut-turut termasuk dia percubaan jarak jauh yang mencuri tumpuan.

Dalam tempoh itu juga kata Zuraimi, pemain itu telah menyumbang dua bantuan gol dan itu disifatkan sebagai catatan peribadi terbaik dalam kariernya.

"Statistik itu sebenarnya sangat bergaya daripada seorang pemain tengah yang boleh bertahan dan menyerang," katanya.

azam-azih-malaysia-hariss-harun-airmarine-cup-20032019_14j2ldge4jnqz10ygyxglpic71

Azam (kanan) sewaktu beraksi untuk skuad kebangsaan.

Azam tidak boleh dipencenkan

Menerusi aksi Azam itu, Zuraimi berkata, sesiapa sahaja boleh memikat pemain itu untuk bermain dengan pasukan mereka tetapi perlu memastikan dia boleh beraksi.

Apatah lagi jelasnya, Azam kini berada di kemuncak prestasi dan jika momentum itu jatuh, semestikan perkara itu akan merugikan negara.

"Maksudnya mana-mana pasukan yang berminat dengannya perlu pastikan dia boleh beraksi seperti sekarang dan kekalkan prestasinya.

"Umur Azam dah 27 dan tidak boleh downgrade kepada peranan lebih rendah, tak sempat dia nak kejar balik.

"Jangan 'pencenkan' dia ketika tengah bagus. Perkara ini macam dah jadi pembunuh dalam diam untuk skuad kebangsaan, telah dirosakkan dengan duit," katanya.

Tambahnya, sepatutnya duit itu boleh membangunkan bola sepak negara.

Sama ada kekal atau tidak bersama Sri Pahang, Azam perlukan kelab yang memberinya peluang bermain setiap perlawanan seperti Tok Gajah.

Rata-rata penyokong kelab Pantai Timur itu seperti sudah reda dengan pemergian bintang kesayangan mereka walaupun tiada pengumuman rasmi berhubung perpindahannya ke kelab lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram