Gagal dapatkan Israiwah, Kedah intai pemain Jordan di kelayakan Piala Asia 2023


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

Mahmoud dikatakan bakal dilamar oleh KDA FC tidak lama lagi. — Agensi

SETELAH gagal mendapatkan khidmat pemain bola sepak Jordan, Ahmed Israiwah, Kedah Darul Aman (KDA) FC kini giat mendapatkan khidmat pemain lain dari negara sama.

Ura-ura mengatakan, KDA FC kini mula merisik Mahmoud Al-Mardi menjelang kejohanan Piala AFC tahun ini di Indonesia.

Dalam perlawanan pada Selasa, Jordan berjaya menewaskan Kuwait 3-0 dalam kumpulan A kelayakan Piala Asia 2023.

Mahmoud adalah salah seorang daripada tiga penyumbang gol iaitu pada minit ke-89 dalam perlawanan itu.

Untuk rekod, penyerang yang berusia 29 tahun itu bermain untuk Al-Muharraq SC sejak Ogos tahun lalu dan berjaya menyumbang dua gol daripada tiga perlawanan Piala AFC.

Ketika bermain untuk Jordan, beliau telah menyumbang satu gol pada kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Antara kelab lain yang pernah disertainya adalah Al-Salt (2021), Al-Jazeera (2018 hingga 2020), Al-Faisaly (2018) dan Al-Ahli (2016 hingga 2017).

Kemasukan beliau bersama KDA adalah untuk mengambil slot kuota pemain import Asia yang telah ditinggalkan oleh Jang Suk-won, setelah pemain dari Korea Selatan tersebut digugurkan atas masalah kecederaan dan prestasi tidak konsisten. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram