Padang 'bendang' stadium memalukan imej negara — Azraai Khor


  • Podium
  • Ahad, 12 Jun 2022

Antara babak perlawanan ketika Malaysia menentang Bahrain. — FAM

PERLAWANAN kedua Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 pada Sabtu menyaksikan Malaysia tumpas 1-2 di tangan Bahrain.

Kekalahan tipis itu semestinya menjadikan rakyat Malaysia kecewa, namun apa yang lebih mengecewakan adalah keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, di ibu negara yang dilihat umpama 'bendang'.

Ia susulan gambar tular yang dikongsikan warga media sosial memaparkan, petugas stadium terpaksa menggunakan penyodok untuk mengeluarkan air hujan yang bertakung di atas padang, susulan hujan lebat melanda sekitar Lembah Klang pada Sabtu.

1619567

Gambar tular memaparkan perbandingan petugas stadium Malaysia dan luar negara sewaktu mengeluarkan air hujan yang bertakung di atas padang. — Facebook

Malah, lebih teruk lagi apabila gambar tersebut turut dibanding dengan situasi petugas di sebuah stadium luar negara iaitu menunjukkan mereka menggunakan peralatan yang lebih sesuai daripada penyodok.

Keadaan padang yang berlecak selain kaedah membersihkan padang itu sememangnya mencemarkan imej negara.

Screenshot 2022-06-12 151908

Azraai Khor menyifatkan padang 'bendang' itu sebagai memalukan.

Kesal dengan perkara itu, bekas ketua jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pihak pengurusan padang tersebut seolah-olah tiada pengetahuan tentang kaedah membersihkan padang berbanding pengurusan di luar negara.

Tambahan pula, katanya, perlawanan tersebut bertaraf antarabangsa.

"Memang imej memalukan," katanya kepada Majoriti.

Pekan-Ramli

Pekan Ramli menyarankan kaedah lebih profesional untuk menguruskan padang berlecak. — Vocket FC

Sementara itu, pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli berkata, keadaan 'bendang' padang bola sepak yang tular itu menunjukkan cara pengurusan sistem perlongkangan atau 'drainage system' di stadium berkenaan tidak berapa baik.

Tambahnya, cara menangani air bertakung di stadium tersebut tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.

"Mereka keringkan air di stadium itu guna cara kampung sikitlah.

"Sepatutnya cari kaedah lebih profesional," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram