'Dah tak larat nak sabar dengan Kedah'


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jun 2022

Antara aksi dalam perlawanan antara KDA FC bertemu Perak FC.  — Facebook/Kedah Darul Aman FC

PERLAWANAN persahabatan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Perak FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

Untuk Perak FC yang baru dihidupkan semula selepas kemelut kewangan, mungkin keputusan itu boleh dimaafkan lagi.

Tetapi bagi KDA FC, keputusan itu dianggap penyokong sebagai sesuatu yang sangat mengecewakan apatah lagi Perak FC berada di tangga tercorot dalam Liga Premier.

Ramai yang mempersoalkan kemampuan KDA FC untuk bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedangkan nak menjaringkan gol dengan pasukan di tercorot liga kedua pun masih gagal.

287455438_442464394381583_1765911691461548110_n

KDA FC sekadar mencatat keputusan seri ketika bertemu Perak FC. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Seorang penyokong KDA FC, Shaharul Shah meletakkan punca kekalahan itu kerana ketua jurulatih pasukan tersebut, Aidil Sharin Sahak.

"Apa guna ambil pemain gantian import yang bagus pun kalau gameplay masih tiada perubahan. Ketua Jurulatih dah telalu lama dalam pasukan sampai kehabisan idea," katanya.

Janji Rock pula berkata, KDA FC sepatutnya menukar Aidil Sharin yang tidak mempunyai idea permainan menarik dan sebaliknya perlu mengambil semula khidmat Ketua Jurulatih sebelum ini, Tan Cheng Hoe.

Menyatakan perkasa sama ialah Ezzul Elman yang mengakui sudah tidak larat nak bersabar dengan prestasi KDA FC.

"Cara permainan macam baru jalani latihan semalam. Pass bila tak kena, tahan bola ke laut sedangkan benda itu asas dalam bola sepak.

"Nak cipta peluang pun macam tiada idea, main macam tiada arah tuju dan mudah lepaskan penguasaan bola. Jurulatih yang tiada idea atau pemain yang bermasalah?

287161199_442420947719261_5180560591641547856_n

Kesebelasan utama yang beraksi untuk skuad KDA FC. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

"Gameplay macam ini agak susah nak tarik penyokong pergi ke stadium dan peratus nak menang itu memang rendah kalau main macam ini. Minta maaf cakap, kita kritik sebab sayang," katanya.

Sementara itu pasukan Harimau Selatan menang besar semalam apabila menjarikan lapan gol ketika menentang kelab bola sepak dari Singapura, Hougang United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat.

Seorang penyokong Johor Datul Takzim (JDT), Razali Saring berkata, jumlah itu dijaringkan dalam keadaan 12 pemain utama tiada dan jika ada, entah berapa gol agaknya yang akan dijaringkan.

Untuk rekod, beberapa peman utama JDT seperti Shahrul Saad, Corbin Ong, Matthew Davies, Safiq Rahim, Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Arif Aiman Hanapi kini sedang beraksi bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen Kumpulan E kelayakan Piala Asia.

Untuk rekod, Hougang United memilih untuk bertemu dengan JDT dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan mereka untuk mengharungi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sama seperti yang dilakukan KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram