'Playmaker' Timur Tengah gandingan baharu Ngah Wanja


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Bakal pemain import baharu KDA FC pernah beraksi bersama Ronald Ngah Wanja sebelum ini. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka membawa seorang pemain import baharu dari Timur Tengah bersama mereka.

Difahamkan, pemain baharu yang sedang diintai oleh skuad Sang Kenari itu adalah Ahmed Israiwah yang juga pemain kebangsaan Jordan.

Berdasarkan posisinya di bahagian sayap, Ahmed berkemungkinan akan menggantikan tempat Dennis Buschening yang cedera dan sedang direhatkan.

WhatsApp Image 2022-06-06 at 4.50.33 PM

Ahmed Iswairah (dua dari kanan) bersama rakan sepasukannya dalam pasukan Jordan. — Agensi

Apa yang menarik, Ahmed sebelum ini pernah bemain dengan kelab Al Wehdat SC dan Al Salt, iaitu kelab lama kepada penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja.

Ngah Wanja sebelum ini bergandingan dengan Syafiq Ahmad di posisi serangan tetapi terpaksa berpisah dengan pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT) yang dipanggil pulang skuad Harimau Selatan.

Kini penyokong Hijau Kuning teruja dengan perkhabaran Ahmed untuk menyarung jersi kelab utara itu, sekali gus berpotensi menggantikan tempat Syafiq.

Ahmed juga perah beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini pada 2016, 2018 dan 2021.

Untuk rekod, Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak sebelum ini pernah memberitahu sedang berunding dengan seorang pemain dari Timur Tengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram