'Ni la punca bola sepak tak maju, budaya kipas kuat'


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Skuad kebangsaan terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan mereka di pentas Piala Asia B-23 akhirnya menemui titik noktah apabila tunduk 0-3 kepada Thailand. — Facebook FAM

SETIAP organisasi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta, budaya mengampu ataupun mengipas selalu berlaku bahkan akan sentiasa terjadi dengan penglibatan beberapa individu tertentu.

Budaya mengampu yang dilakukan oleh individu tertentu itu terlalu kelihatan sehingga orang luar daripada organisasi boleh melihat perkara berkenaan dan merasakan sikap berkenaan perlu dihentikan.

Bagi pemerhati bola sepak negara, Zuraimi Zukri pula, dia melihat budaya mengipas atau membodek dalam kalangan organisasisi arena sukan nombor satu tanah air itu semakin menjadi barah.

Zuraimi menegur sikap mengipas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football Leaguea (MFL) yang dilihat seakan ingin mengampu individu tertentu sehingga mengabaikan objektif utama iaitu memajukan bola sepak tanah air.

"Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) dengan bangganya bercakap semangat kesukanan apabila JDT menerima permohonan Kedah menangguh perlawanan.

"Sebelum ni, tak kira Johor Darul Takzim (JDT), Kedah, Pahang atau mana-mana pasukan minta tangguh, ada pasukan lawannya tolak? Tak pernah kan? Semua terima saja. Ada Stuart keluar kenyataan semangat kesukanan? Tak ada kan.

"Sudah-sudah la Stuart dan rakan-rakan. Nampak sangat miskin nak kipas. Bukan salah JDT tapi MFL dan FAM ni muka dah tak tau malu dah," katanya menerusi laman Facebooknya.

Apa yang dikatakan oleh Zuraimi itu merujuk kepada kenyataan Stuart berhubung pindaan jadual perlawanan antara JDT dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Stuart memuji semangat kesukanan yang tinggi selepas JDT bersetuju dengan permintaan Kedah untuk menunda perlawanan antara kedua-dua pasukan itu yang dijadualkan berlangsung pada 19 Jun ini.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan itu terpalit dengan 'pertikaman lidah' antara pemilik JDT, Tunku Ismail dan Presiden KFA, Datuk Seri Mohamed Sanusi Md Nor.

Namun keputusan JDT menerima permohonan Kedah itu menunjukkan isu antara kedua-dua tokoh bola sepak itu tidak seteruk yang disangka peminat.

Dalam pada itu, Zuraimi juga membangkitkan isu mengipas itu apabila FAM dan MFL hanya berdiam diri sewaktu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangannya yang mana seperti tiada perbezaan di antara jurulatih tempatan dan asing yang masih memilih pemain tidak cukup minit permainan.

"TMJ hentam jurulatih kebangsaan (2 kali 5) semua bisu macam orang terencat akal. Cuba kalau Bojan cakap. Melalak macam singa kan.

"Bukan salah TMJ tapi FAM double poyo. Ni la punca bola Malaysia tak maju, budaya kipas kuat. FAM dan MFL mandul tahap tak boleh bincang. Dah tak terkira bukti mereka memang tak berguna dalam semua aspek.

"Dah la semalam kalah, pagi-pagi keluar pula cerita gini. Cerita orang mengipas" katanya.

harimau muda

Barisan kesebelasan utama skuad kebangsaan sewaktu menentang Thailand pada Ahad. — Facebook FAM

Pada perlawanan Harimau Muda menentang Thailand pada aksi kedua Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Bunyodkor, Uzbekistan pada Ahad meyaksikan kegagalan FAM apabila skuad kebangsaan terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan mereka di pentas Piala Asia B-23 akhirnya menemui titik noktah apabila tunduk 0-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram