Teong Kim atau Cheng Hoe ganti Brad Maloney?


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Cheng Hoe (kiri) dan Teong Kim (kanan) antara dua jurulatih yang menjadi pilihan bagi menggantikan Brad.

SELEPAS beberapa perlawanan yang menyaksikan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara tersungkur di pihak lawan, kini tiba masanya untuk Harimau Muda menukar strategi.

Februari lalu, Harimau Muda tersingkir dari Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selepas tewas di tangan Laos, dalam tempoh empat hari ketika saingan di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja.

Pada Mei lalu, skuad B-23 kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti ketika perlawanan merebut pingat gangsa saingan bola sepak lelaki Sukan Sea ke-31 di Stadium Nasional My Dinh di Vietnam.

Selain itu, Harimau Muda membuka saingan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 di tangan juara bertahan, Korea Selatan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan, pada Khamis.

Malah, skuad itu juga terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan mereka di pentas Piala Asia B-23 akhirnya menemui titik noktah apabila tunduk 0-3 berdepan Thailand, pada aksi kedua Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Bunyodkor, Uzbekistan pada Ahad.

Ketiga-tiga kejohanan ini sudah cukup menunjukkan di mana tahap permainan skuad B-23 ketika ini di bawah kendalian Brad Maloney.

Harimau Muda bakal menghadapi saingan kelayakan sukan Olimpik di Paris pada tahun hadapan, sedangkan prestasi mereka ini masih terkial-kial.

Sekiranya skuad ini dikekalkan, maka tidak mustahil pasukan bola sepak B-23 Malaysia akan menjadi belasahan sekali lagi.

Pertukaran jurulatih, sekali gus rombakan skuad sedia ada dengan kemasukan beberapa pemain baharu perlu dilaksanakan dengan segera.

KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Jurulatih Skuad Bawah-18 Tahun Negara (B-18) Brad Maloney bercakap pada sidang media kem latihan pusat skuad B-18 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Brad dikecam hebat selepas skuad kendaliannya tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan. — Bernama

Apatah lagi, Ketua Jurulatihnya, Brad Maloney sebelum ini dikatakan cepat berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan skuadnya, meskipun teruk dibelasah pasukan lawan.

Justeru, para peminat bola sepak tempatan tampil memberi cadangan sama ada Tan Cheng Hoe atau Lim Teong Kim sebagai calon sesuai menggantikan Brad.

VEshirt Visi memberi cadangan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi peluang kepada Cheng Hoe untuk mengendalikan skuad B-23 sehingga tiba sukan Olimpik seterusnya.

"Berdasarkan rekod, beliau antara individu yang banyak menaikkan pemain muda," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Pada masa sama, Thomas Kanyam Siam pula mengesyorkan Teong Kim untuk mengambil alih tempat Brad.

"Beliau memahami sukan dan budaya rakyat Malaysia. Tetapi, TMJ (Tengku Mahkota Johor) sudah tentu tak akan setuju dengan pelantikan LTK (Teong Kim)," katanya.

template - 2022-06-06T165059.451

Cadangan peminat bola sepak tanah air berhubung calon yang layak menggantikan tempat Brad.

Untuk rekod, Cheng Hoe telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM. Beliau sebelum ini bergelar sebagai penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

Beliau pada Januari lalu membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Antara kejayaan yang diraih beliau adalah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea 2009; selain menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K Rajagobal; serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

Selain itu, Teong Kim pula merupakan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) serta bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Beliau sebelum ini terpalit dengan krisis apabila TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa beliau pernah meminta gaji sehingga 70,000 hingga 80,000 euro (RM327,000 hingga RM374,000).

Namun, Teong Kim tampil menafikan dakwaan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram