Pan-gon 'simpan' de Paula dan Sumareh, gugurkan Liridon


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Kesebelasan utama skuad negara sewaktu beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong baru-baru ini. — Facebook/FAM

IMPIAN pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi untuk beraksi pada pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 berkecai selepas gagal berada dalam senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya bagi saingan itu pada minggu depan.

Bagaimanapun, dua lagi pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh boleh menarik nafas lega selepas masih diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk beraksi dalam pusingan kelayakan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

Selain Liridon, turut diketepikan adalah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Norshahrul Idlan Talaha dan Syahmi Safari.

285827800_712187173187855_1446889894165900157_n

SENARAI 23 pemain yang dipilih untuk mewakili negara dalam kelayakan Piala Asia 2023. — Facebook FAM

"Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan," kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain terlibat di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.

Menurut FAM lagi, pemain yang tidak terpilih tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan E bagi pusingan akhir kelayakan itu akan memulakan kempen menentang Turkmenistan pada Rabu ini diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram