TIGA pemain import Sri Pahang FC dikhabarkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Menurut sumber, dua lagi pemain import akan kekal dalam pasukan Tok Gajah itu.
"Tiga import confirm out...," katanya kepada Majoriti tanpa mendedahkan nama-nama mereka.
Katanya, pemain import yang masih akan beraksi dengan skuad Hogoh Pahang Hogoh ialah penjaga gol Mali, Mamadou Samassa dan pemain sayap muda, Argentina, Manuel Hildago.
"Samassa dan Hildago kekal," katanya lagi.
Ciapan Zulhelmi Zainal pada Sabtu yang memberi bayangan Azam bakal ke JDT, manakala Kobe akan menggantikan tempatnya di Pahang. — Twitter
Pada masa sama, sumber itu mengesahkan dua pemain tempatan akan menyarungkan jersi Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua yang dibuka sehingga 24 Jun depan.
Katanya, kedua-dua pemain itu masing-masing akan menyarungkan jersi nombor 2 dan 3.
Dalam perkembangan berkaitan, pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di Twitter pada Sabtu memberi bayangan pemain tengah Hogoh Pahang Hogoh, Azam Azih dikhabarkan akan ke skuad Harimau Selatan.
Tempat Azam dikhabarkan akan diisi oleh pemain muda kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong selepas kelab terdahulunya, Peterborough United yang beraksi di League One, England tidak meneruskan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.
"Welcome Kobe, all the best Azam," ciapnya.
Difahamkan, JDT muncul kelab yang bakal menandatangani Kobe Jae pada jendela perpindahan kedua musim ini, namun terdapat cakap-cakap tonggak muda itu akan dipinjamkan ke Sri Pahang serta-merta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram