Pemandu maut kereta api laju tergelincir, 8 cedera


  • Benua
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta api laju terbabit. — Agensi

SEORANG pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada pukul 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China.

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika keretapi itu menghampiri stesen Rongjiang.

Mangsa yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang.

Mangsa telah menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala 136 penumpang lain telah dipindahkan.

Siasatan berhubung kemalangan sedang dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram