'Kalau JDT yang minta tangguh game, mesti habis kecoh satu dunia'


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Pertembungan antara JDT-Kedah ditunda MFL ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. — Facebook/JDT

PERANG mulut antara penyokong bola sepak tanah air seakan tiada kesudahan apabila masing-masing saling mempertahankan kelab kesayangan masing-masing.

Apatah lagi jika ia melibatkan dua kuasa besar tanah air, sudah tentu sedikit sebanyak ia menambahkan lagi kehangatan arena bola sepak tempatan.

Terbaharu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan pindaan perlawanan di antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Takzim (JDT), selepas kedua-dua kelab itu bersetuju mencapai kata sepakat menunda aksi tersebut kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan, sebaik tamat perlawanan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya menerima permohonan daripada KDA pada 12 Mei 2022 bagi meminda perlawanan bertemu JDT yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun 2022 kepada satu tarikh baharu.

Menurutnya, MFL memajukan permintaan KDA kepada JDT dan menerima maklum balas positif daripada JDT yang menyokong pertukaran jadual, untuk membolehkan KDA FC lebih banyak masa untuk persiapan sebelum turun bermain dalam saingan Kumpulan G Piala AFC.

Meskipun terpaksa akur, rata-rata penyokong JDT menganggap keputusan itu seolah-olah tidak adil.

Hal ini kerana, sekiranya JDT yang meminta untuk menangguhkan perlawanan, kelab tersebut semestinya akan dikecam teruk.

"Mesti cakap takut la tu nak lawan anak jati yang dah power dan dengan gendang baru yang di'sponsor' (ditaja) oleh balak," kata Ranger Hijau menerusi komen di laman Facebook.

Turut berpendapat sama, Ahmad Hairul berkata, ia bagaikan tiada isu sekiranya melunaskan permintaan Kedah untuk menangguhkan perlawanan.

"Tapi kalau JDT yang mohon pinda sebab ACL, kecoh gila semuanya. Sebulan pun tak habis.

"Fan KFC siap tunjuk perasaan sambil makan burger McD," sindirnya.

template - 2022-06-04T181835.971

Tangkap layar komen penyokong JDT berhubung penangguhan perlawanan bersama Kedah.

Minn Zecc menulis: "KFC mohon penangguhan game semua netizen haters J anggap tu normal dan halal. Tak apa dan tiada masalah.

"Kalau JDT yang minta tangguh kecoh satu dunia sampai ke planet Pluto. Makhluk asing planet Pluto terpaksa turun bumi sebab terkejut kenapa kecoh sangat. Itulah perangai netizen haters J. Terpaksa tokong utara belanja makan KFC," katanya sinis.

Terdahulu, 'perang dingin' menjelang pertemuan JDT-Kedah itu bukan saja hangat dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan, malah turut membabitkan antara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang saling berbalas sindiran di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JDT, KDA FC, tangguh perlawanan, AFC, MFL