Aksi 2 HM sama, masih tercari-cari 'final touch', sampai bila?


  • Podium
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Pemain skuad kebangsaan meraikan gol kedua yang dihasilkan dalam perlawanan menentang Hong Kong pada Rabu. — Facebook

PERLAWANAN antara Harimau Malaya dengan Hong Kong pada Rabu mendapat pujian ramai apatah lagi dengan kemenangan 2-0 yang diperoleh pasukan negara.

Ramai yang memuji persembahan semua pemain yang dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan dan berusaha keras untuk mendapatkan jaringan yang banyak.

Seorang penyokong skuad bola sepak negara, Amirul Hakim Mustapha berkata, skuad kendalian Kim Pan-gon itu masih tercari-cari lagi final touch sama seperti aksi Harimau Muda.

"Menerusi perlawanan semalam, dua jaringan diperolehi hanya melalui sepakan penalti dan sepakan percuma.

285517258_710442933362279_1551454723724703823_n

Gol pertama negara ketika bertemu Hong Kong yang dijaringkan menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid. — Facebook

"Final touch kita perlukan banyak lagi perhatian. Harap dapat diperkemaskan menjelang aksi Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi," katanya.

Menurutnya, skuad Harimau Malaya masih perlu berusaha untuk mendapatkan final touch dan boleh terus konsisten dengan cara permainan yang ada.

"Dalam apa pun yang kita lakukan terutama ditempat kerja. Apa yang dititikberatkan adalah hasil. Iaitu final touch kita.

"Itulah yang kebiasaannya majikan mahukan. Jadi tetaplah berusaha untuk perbaiki diri. Bila sudah mendapat rentak, teruskan konsisten," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram