TEKA-TEKI berhubung status pengambilalihan Perak FC akhirnya terjawab apabila syarikat telekomunikasi terkenal, XOX Berhad (XOX) sah sebagai pemilik baharu kelab Liga Premier itu.
XOX memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) untuk mengambil alih Perak FC, yang kini menghuni tangga tercorot Liga Premier.
Selepas pengambilalihan, Perak tidak menunggu lama untuk melantik Bobie Farid Shamsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara The Bos Gaurus pada Selasa (31 Mei).
Kenyaatan Farid Shamsudin tentang keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam pengurusan pentadbiran pasukan Perak.
Pada Rabu, CEO Perak FC telah mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial Instagram seolah-olah memerli keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam pengurusan pentadbiran pasukan Perak lama.
"Patutlah bola sepak susah nak maju, hari pertama masuk pejabat saya teruja dengan cara mereka bekerja, kegilaan yang tak masuk akal.
"Macam biasa dekat mana ada lubuk dekat situ diorang pasang jaring, bubu, bomb ikan dah macam-macam teknik nak meraih hasil.
"Bila orang tanya ini jaring siapa, bubu siapa, bomb ikan siapa yang bagi sewa semua barang-barang anak cakap, tak tahu sebab dari dulu lagi memang macam itu," katanya dalam Instagram.
Komen orang ramai tentang kenyataan tersebut di Facebook.
Susulan perkongsian itu, peminat bola sepak pasukan Perak telah meluahkan rasa marah mereka di ruangan komen kepada pengurusan lama pasukan The Bos Gaurus yang merosakkan kelab itu.
"Kalau perlu ambil tindakan undang-undang, go ahead tolong bagi bersih terus," kata Mokhzani Mohamad.
"Lahan*t selama ini yang ada dalam PAFA jadikan PAFA lubuk duit mereka, bukan ikhlas nak kerja majukan bola sepak Perak! H*mlau betul," jelas Kay Min.
"Memang ambil masa kalau nak bersihkan betul-betul segala bubu, pukat dan bom ikan itu, bila dah 'clear' betul-betul baru boleh jalan dengan selesa," ujar Izhar Ridzuan.
Terdahulu, Perak FC terpalit dengan isu gaji pemain yang tidak dibayar jelas membuktikan sikap pengurusan pasukan itu yang langsung tidak mempedulikan nasib kebajikan pemain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram