USAI aksi menentang Hong Kong pada Rabu dengan kemenangan 2-0 memihak kepada Harimau Malaya, ramai yang tertanya senarai pemain yang akan menjadi pilihan Kim Pan-gon (KPG) untuk mengharungi persiapan terakhir sebelum aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 Jun ini.
Berdasarkan kesebelasan utama yang diturunkan menentang skuad Shaolin Soccer, jurulatih dari Korea Selatan itu pasti akan menilai semula persembahan pemain dan keserasian mereka di atas padang bagi memastikan skuad yang dibentuk cukup mantap.
Seorang penyokong, Don K-Rul IZham merasakan Pan-gon perlu mengetepikan dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh yang bermain seperti sekadar melepaskan batuk di tangga.
"Dalam game (lawan Hong Kong) overall okay, cuma isu substitute sedikit tak beri manfaat kepada pasukan Malaysia. Yang okay sikit Miki (Faisal Halim), tapi ada satu peluang tadi dia tak nak cut inside dan shooting, selalu itu favourite dia.
"Yang lain hanya substitute formasi 4-2-3-1 dan 15 minit terakhir, Pan-gon tukar kepada sistem pertahanan bertiga balik," katanya di Facebook.
Dia turut merasakan isu kesefahaman antara pemain juga baik selain melihat tahap kecergasan pemain menjelang perlawanan bertambah baik terutama dalam kalangan pemain Johor Darul Takzim.
"Walaupun ada pemain yang jarang-jarang bermain tapi kualiti fitness mereka agak baik dalam dua perlawanan ini. Mungkin atas faktor latihan berintensiti tinggi yang selalu diamalkan.
"Tapi tak semua, Sumareh dan De Paula tak termasuk. De Paula seperti coach Lim Chan Yew katakan - malas, tidak menunjukkan kualiti taktikal yang baik.
"Safiq Rahim ni contoh lebih baik dari De Paula. Walaupun pemain senior tapi kualiti dia permanent. Sumareh satu kad kuning dapat sebab mungkin main dalam keadaan tertekan," katanya.
Don K-Rul berkata, dia dapat melihat Pan-gon memperbaiki beberapa aspek melalui pertukaran pemain daripada perlawanan menentang Brunei tempoh hari.
Berikut tiga aspek yang dirasakan telah diperbaiki oleh Pan-gon.
1. Progressive fullback
Kita tahu kualiti Matthew Davies dan Corbin Ong di Johor Darul Takzim macam mana. Dalam perlawanan menentang Brunei, Pan-gon meletakkan V. Ruventhiran dan Syahmi Safari sebagai wing back. Mereka laju tapi tak banyak progressive play.
KPG menukar sistem dengan kembali meletakkan empat pertahanan kali ini dengan Matthew dan Corbin sebagai full back. Dalam perlawanan tadi, progressive play adalah kebolehan pemain full back membuat larian dengan bola atau tanpa bola.
Bagaimana mereka boleh interaksi dengan pemain lain ketika mereka mengerakkan bola ke depan. Paling sedap melihat Corbin. Matthew pun okay tapi dia lebih beruntung kerana memiliki partner pemain sayap prolifik macam Arif Aiman.
De Paula dikatakan tidak memberikan komitmen tinggi di padang selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan menentang Hong Kong, pada Rabu. — Bernama
2. Tactical awareness
Aku suka cara ulasan Lim Chan Yew sebagai expert commentator dalam perlawanan ini. Dia jalankan tugas dengan baik, dia bagitahu kita beberapa aspek, teknikal game dengan baik. Yang seorang lagi pun okay, dia commentator untuk ceritakan perjalanan game.
Kembali ke tactical awareness ni, ada beberapa pemain menunjukkan mutu peningkatan. Contohnya Darren Lok, yang bagus dalam membuat forward run, dia tahu kedudukan untuk membuat gol cuma malam ni dia sedikit tak bernasib baik.
De Paula pula gagal. Chan Yew bagus kritik De Paula yang malas berlari, banyak joging dan lambat bertindak balas sekali gus menyebabkan rakan sepasukan tunggu untuk membuat hantaran.
Begitu juga kedudukan Syamer Kutty dalam perlawanan ini. Dia kembali menjadi NO6 walaupun bergandingan bersama Azam Azih. Dia berbeza dengan game Brunei walaupun dia bergandingan dengan Safiq Rahim. Mereka lebih bermain NO8.
Dengan Azam, dia tidak perlu untuk berada jauh dari kawasan dia sebab Azam akan menjadi link-up kepada Safawi. Itu jawapan aku kepada persoalan coach Chan Yew kenapa Syamer tidak melakukan forward run seperti perlawanan menentang Brunei.
3. Kurang individual play
Masih ada tapi kita dah kurangkan. Itu nanti tahulah KPG susun balik. Overall kita perbaiki isu tersebut. Dalam perlawanan menentang Brunei, isu ni agak berat tapi kita perbaiki dalam game lawan Hong Kong.
Mempunyai dua winger yang penuh trickery macam Akhyar Rashid dan Arif ni kita gunakan dengan baik. Mereka laju, tidak predictable, tahu menewaskan lawan dalam situasi satu lawan satu. Bab kedudukan CF dalam beberapa moment boleh diperbaiki lagi. Mungkin penyerang JDT, Syafiq Ahmad lebih sesuai dengan dua pemain sayap tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram