PENJAGA gol skuad Piala Presiden TRW Kelantan FC, Muhammad Faris Ikmal Omar dilaporkan meninggal dunia di Kota Tinggi, Johor pada Ahad.
Difahamkan, Allahyarham yang berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kota Tinggi, Johor.
Facebook TRW Kelantan FC menyifatkan Allahyarham sebagai pemain yang cukup berbakat.
"Kami dari Team Red Warriors Sdn Bhd bersimpati atas kehilangan bakat muda yang berpotensi jauh dalam karier sebagai pemain bola sepak proffesional.
"Kami ingin mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga arwah dan bersama-sama kita mendoakan agar arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman," katanya.
Turut menyampaikan ucapan takziah ialah pemain import Kelantan, Nixon Guylherme.
"My Feelings, rest in peace," kata pemain import kelahiran Brazil itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram