SERAMAI 10 penumpang termasuk seorang kanak-kanak maut selepas sebuah bas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan di Uzirpur Upazila di Barishal, Bangadesh.
Bas milik Jamuna Line Paribahan itu dilaporkan sedang menuju ke Bhandaria di daerah selatan Pirojpur dari Dhaka.
Menurut ketua Balai Polis Uzirpur, Ali Arshad, kemalangan itu berlaku di lebuh raya Dhaka-Barishal di kawasan Bamrail sekitar 5.30 pagi Ahad.
Katanya lagi kemalangan itu turut menyebabkan 20 orang penumpang lain cedera.
"Polis dan pegawai bomba memulakan operasi menyelamat dan menghantar beberapa orang yang cedera ke Hospital Kolej Perubatan Sher-e-Bangla di Barishal untuk rawatan lanjut.
"Sembilan orang maut di tempat kejadian," kata pegawai yang menjaga Kem Polis Hospital Kolej Perubatan Sher-e-Bangla, ASI Maruf.
Tambahnya lagi, seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital, menjadikan jumlah keseluruhan 10 orang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram