Henderson sangat menjengkelkan atas padang


  • Podium
  • Selasa, 09 Nov 2021

HENDERSON boleh menjadi seorang yang menjengkelkan ketika beraksi di padang. — Agensi

"JORDAN Henderson boleh menjadi pemain yang sangat menjengkelkan di padang," demikian kata bekas rakan sepasukan di kelab lamanya, Sunderland, Nedum Onuoha.

Menurut Onuoha, kapten Liverpool itu sangat berdedikasi dalam menggalas tugas dan ketika beraksi di padang.

"Henderson adalah versi pemain yang mempunyai sifat seperti pengurus dan tidak menerima kekurangan dalam permainan.

"Saya pernah bemain bersamanya serta melihat versi muda Henderson dan dia mempunyai rekod yang cemerlang sebagai pemain bola sepak," katanya.

Tambahnya lagi, Henderson yang juga pemain tengah Liverpool bukan seorang yang akan berdiam diri ketika di padang.

Jelasnya lagi, Henderson boleh menjadi seorang yang menjengkelkan dan mungkin boleh memberi kesan kepada permainan, namun apa yang dilakukannya membantu menjadikan pasukan lebih peka di atas padang.

“Dia boleh jadi menjengkelkan, anda lebih suka bermain dengannya daripada menentangnya.

"Dia akan sentiasa berkata 'ada pemain lain' atau 'berpaling' atau 'itu bagus,' 'itu tidak hebat' dan banyak lagi," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

liverpool, handerson, Onuoha, Sunderland