'Dulu masa kecil selalu kena marah main basikal di jalan besar, sekarang tiada siapa nak marah'


HANTARAN yang dibuat Muhammad Hazimmuddin pada Isnin (8 November) meraih sebanyak 170 komen di Facebook. — Facebook

POLIS Diraja Malaysia sebelum ini telah melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 17 Oktober lalu.

Namun masih ada lagi individu yang ingkar dengan arahan tersebut seperti di dalam rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Hazimmuddin.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu memaparkan, dua individu sedang berbasikal ketika dia memandu ke susur masuk Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA).

Pemilik video berkenaan membunyikan hon keretanya dengan harapan individu yang membawa basikal itu sedar bahawa ada kenderaan lain di belakang mereka.

"Dulu masa kecik-kecik selalu kena marah kalau main basikal di jalan besar. Sekarang dah tak ada siapa nak marah," tulis Muhammad Hazimmuddin di dalam satu hantarannya di Facebook pada Isnin (8 November).

Bukan dia sahaja yang tidak berpuas hati dengan tindakan golongan berbasikal ini, rata-rata warganet di Facebook juga menyuarakan pendapat sama bahaya yang bakal menimpa mereka.

IMG_2652

ANTARA komen yang dilontarkan oleh warganet di Facebook mengenai video tersebut. —Facebook

"Geng otai basikal kata lagi selamat macam tu ada diverge simpang panjang, aku pun tak boleh hadam. Duduk tepi la selamat, lepas tu berhenti baru cross," kata seorang pengguna Facebook, Zaeem Hanef.

"Relaks la, bukan ada yang meninggal lagi yang geng-geng basikal ni. Belum ada contoh atas kes kan, kat Malaysia ni kena sauk dek lori atau kereta baru ada akal," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Mro Piee II.

"Uishhh bahaya betul, spot susur keluar masuk dia buat selamber je. Awal-awal video aku dah agak basikal, tapi tak nampak.

"Dah dekat baru nampak sebab mereka lagi kecil dari motor," kata seorang pengguna Facebook, Mohd Azli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram