'Scam' palsukan kemalangan dirempuh kereta macam di China, kini terjadi di Stadium Darul Aman


  • Tular
  • Isnin, 08 Nov 2021

TANGKAP layar rakaman kamera papan pemuka yang menunjukkan seorang pemuda meluru ke arah kereta yang sedang laju di hadapan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah baru-baru ini. — Twitter

KEJADIAN memalsukan kemalangan untuk menuntut wang insurans bukanlah satu perkara yang asing, terutamanya di negara luar seperti di China.

Baru-baru ini, kejadian serupa berjaya dirakam di sebatang jalan di hadapan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah oleh seorang pemandu kereta yang lalu di kawasan itu.

Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial, seorang pemuda yang bersembunyi di tepi jalan meluru laju ke jalan raya apabila melihat pemandu berkenaan lalu.

Mujur pemandu itu sempat memberhentikan kenderaannya, namun pemuda itu meluru ke bahagian hadapan kereta itu dan berlakon seolah-olah dia dilanggar.

@4oever3

Mental ka? Atau nak claim duit kena langgar? Ingat di oversea ja yg ada..di Malaysia pun dah ada ye..

Netizen mengecam tindakan pemuda itu kerana tindakan bahayanya yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Sebahagian netizen turut mengingatkan kepentingan untuk memasang dashcam di dalam kereta supaya boleh merekod kejadian seperti itu untuk dijadikan bukti.

Insiden itu tular di media sosial sejak Ahad, namun belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram