Jasa derma buah pinggang buat suami dibalas khianat, wanita tuntut bela jadi mangsa keganasan rumah tangga


  • Cinta
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Tuni berharap kisah hidupnya menjadi pengajaran agar wanita tidak membutakan hati dalam cinta sehingga mengabaikan diri sendiri. — Agensi

PERIBAHASA cinta itu buta bukan sekadar kata-kata indah, sebaliknya realiti ditanggung seorang wanita dari Dhaka, Bangladesh, Umme Sahedina Tuni yang menjadi mangsa pengkhianatan selepas berkorban demi cinta sejati.

Tuni, 35, sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri dengan menderma sebelah buah pinggang bagi menyelamatkan suaminya, Mohammad Tarek, lelaki berasal dari Savar yang pernah bekerja di Malaysia. 

Namun selepas pulih, lelaki itu membalas pengorbanannya dengan melakukan keganasan terhadap rumah tangga, sikap tamak, hubungan sulit dan ketagihan judi dalam talian. 

BACA LAGI:  Kantoi curang di konsert Coldplay, isteri CEO Astronomer bakal memperoleh aset lebih RM200 juta jika berpisah

BACA LAGI:  Tularkan kandungan mesej pasangan curang, jelik boleh dikenakan tindakan — Peguam syarie, peguam bela

Kisah hidup menimpa wanita itu turut dikongsikan menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram  amarbanglaremati, pada 4 Julai lalu.

Untuk makluman, pasangan tersebut berkahwin pada 2006 menerusi perkahwinan yang diatur keluarga ketika Tuni masih menuntut di kolej. 

Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Azmain Dibbo. 

Namun kebahagiaan itu tidak lama apabila Tarek jatuh sakit pada 2008 dan doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya hampir gagal sepenuhnya.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2006 menerusi perkahwinan yang diatur keluarga. — Agensi

Enggan berputus asa, Tuni membawa suaminya ke Hospital Hospital Perubatan Kristian (CMC), Tamil Nadu, India bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik. 

Di sana, doktor mendapatkan fungsi buah pinggang Tarek hanya tinggal 24 peratus dan pemindahan organ diperlukan dalam masa terdekat.

Sekembalinya ke Dhaka, Tuni bekerja keras membuka salun kecantikan di rumah dan menjalankan perniagaan butik kecil-kecilan. 

Pendapatan antara 40,000 hingga 50,000 taka (RM1,400 hingga RM1,700) sebulan semuanya digunakan untuk membiayai rawatan suaminya. 

Sepanjang 10 tahun, beliau wang simpanan, barang kemas perkahwinan dan wang pencen ibunya untuk menampung kos rawatan yang mencecah ratusan ribu taka.

Akhirnya pada 2019, setelah tiada ahli keluarga lain yang sanggup menjadi penderma, Tuni membuat keputusan menderma buah pinggangnya sendiri.

Pada 26 Oktober 2019, pemindahan organ berjaya dilakukan di Hospital Apollo, Delhi.

Keganasan rumah tangga

Namun selepas sembuh, sikap Tarek berubah drastik. Beliau menjadi kasar, menuntut hasil pendapatan Tuni dan memintanya menyerahkan hak milik rumah. 

Lebih menyedihkan, Tarek menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Tahmina dan mula ketagih dengan judi dalam talian.

Apabila Tuni cuba menasihati dan menegur perbuatan suaminya, beliau dipukul dan diugut akan diceraikan. 

Akhirnya pada 2023, setelah bertahun-tahun menanggung penderaan fizikal dan emosi, Tuni nekad membuat laporan polis dan memfailkan kes keganasan rumah tangga.

Tarek ditahan pihak berkuasa, namun dibebaskan dengan jaminan. Itu, beliau difahamkan terus memberi tekanan kepada Tuni agar menyerahkan rumah dan melafazkan cerai.

Kini, Tuni tidak lagi memperjuangkan cinta, sebaliknya memperjuangkan maruah, keadilan dan keselamatan diri serta anaknya. 

Beliau berharap kisah hidupnya menjadi pengajaran agar wanita tidak membuahkan cinta sehingga merosakkan diri sendiri.

"Saya menyesal terlalu percaya. Saya korbankan segalanya demi suami, tetapi dibalas dengan pengkhianatan. 

"Saya harap tiada wanita lain yang akan mengalami nasib seperti saya," katanya memetik laporan berita negara berkenaan. —  Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram