Selepas seabad, Fluss Bad Berlin hidupkan semula aktiviti berenang di Sungai Spree


  • Nomad
  • Khamis, 24 Jul 2025

Populasi seramai 3.9 juta penduduk, Berlin berdepan keperluan mendesak untuk menyediakan lebih banyak ruang rekreasi air kepada penduduknya

SELEPAS lebih 100 tahun diharamkan akibat pencemaran, penduduk tempatan menyambut baik langkah untuk menghidupkan semula aktiviti berenang di Sungai Spree, Berlin, Jerman.

Baru-baru ini, sekitar 200 orang terjun ke dalam sungai Spree yang dahulunya tercemar teruk namun kini mengalir dengan warna kehijauan di kawasan bersejarah Mitte, berhampiran Pulau Muzium yang terkenal di dunia. 

Aksi mereka bukan sekadar untuk berseronok, tetapi sebagai simbolik bahawa air sungai itu cukup bersih untuk tujuan rekreasi.

 BACA LAGI: Arena bola sepak negara belum stabil tapi Omar tetap latih anak demi bina karakter

 BACA LAGI: Serik ditipu pomen, wanita asal Gerik buka sendiri bengkel Aida Misspomen

 

Swimmers bathe in the Spree canal in front of the Berlin Cathedral (Berliner Dom) and the TV Tower during a demonstration to mark the 100th anniversary of a ban on swimming in the Spree river, in Berlin on June 17, 2025. The demonstrators are pleading for a lifting of the ban. (Photo by John MACDOUGALL / AFP)

Fluss Bad Berlin berusaha untuk membuka semula sungai berkenaan kepada orang awam.

Penganjuran aktiviti anjuran oleh Fluss Bad Berlin (Kolam Sungai Berlin) selepas bertahun-tahun, mereka berusaha untuk membuka semula sungai berkenaan kepada orang awam untuk mandi-manda dan berenang.

Ahli lembaga Fluss Bad Berlin Jan Edler berkata selama 100 tahun, orang ramai dilarang berenang di bahagian dalam bandar Sungai Spree. 

"Kami percaya larangan ini sudah tidak lagi relevan kerana kami telah buktikan bahawa kualiti air kini cukup baik untuk berenang, sekurang-kurangnya pada musim tertentu.

"Bagi mengelakkan tindakan penguat kuasa, acara tersebut didaftarkan sebagai satu bentuk protes rasmi," katanya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan di daerah Mitte juga menyuarakan minat memperkenalkan semula aktiviti berenang di sungai tersebut seawal tahun 2026.

Populasi seramai 3.9 juta penduduk, Berlin berdepan keperluan mendesak untuk menyediakan lebih banyak ruang rekreasi air kepada penduduknya, terutamanya ketika musim panas manakala kolam renang awam sering sesak, menjadikan sungai sebagai pilihan yang berpotensi besar.

“Bandar-bandar semakin panas. Ini bukan hanya isu keselesaan, tetapi juga soal keadilan alam sekitar. Kita perlu menyediakan ruang yang inklusif agar semua orang, termasuk mereka yang tidak mampu keluar dari bandar, turut dapat menikmati kesejukan dan keselesaan seperti di kawasan luar bandar,” ujar Edler.

A swimmer bathes in the Spree canal during a demonstration to mark the 100th anniversary of a ban on swimming in the Spree river, in Berlin on June 17, 2025. The demonstrators are pleading for a lifting of the ban. (Photo by John MACDOUGALL / AFP)

Salah seorang peserta sedang berenang di sungai Spree.

Contoh Dari Bandar-Bandar Lain

Usaha ini turut mengambil inspirasi daripada bandar-bandar lain di Eropah contohnya, Sungai Seine di Paris yang dibuka semula untuk perenang sempena temasya Sukan Olimpik 2024 dan bakal dibuka kepada orang awam mulai musim panas ini selepas diharamkan sejak 1923.

Di Vienna, penduduk boleh berenang di terusan Sungai Danube, manakala di Basel, Switzerland, orang ramai bebas mandi-manda di Sungai Rhine dan begitu juga di Amsterdam, beberapa kawasan diperuntukkan untuk aktiviti terjun ke dalam terusan.— TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Berlin, Berenang, Sungai, Aktivis