Pameran F&B buka peluang lebar pasaran di Malaysia


  • Hobi
  • Jumaat, 04 Jul 2025

Saksikan video Eksplorasi@Mj ini, pasti anda akan berminat untuk memulakan langkah pertama dalam perniagaan

RAMAI dalam kalangan anda berminat memulakan perniagaan produk makanan atau minuman?  Eksplorasi@Mj kali ini membawakan anda ke Salon International de l'Alimentation (SIAL) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Pameran yang menarik lebih 8,000 pengunjung dengan lebih 300 pempamer menjadikan pameran itu umpama gudang makanan dan minuman.

Antara yang menarik ialah kehadiran ribuan jenis coklat dari serata dunia yang mendapat pengiktirafan di peringkat global serta mencapai piawaian antarabangsa.

 

 

BACA LAGI: Arena bola sepak negara belum stabil tapi Omar tetap latih anak demi bina karakter

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

Jenama Millennium Chocolate yang masih belum berada dalam pasaran di Malaysia yang mana sebaris dengan Roshen paling mendapat permintaan tinggi.

Minuman Le Bourne, Cocoa Tea yang diperbuat daripada 100 peratus biji koko tulen dijadikan sebagai minuman berbentuk teh.

Begitu juga minuman Le Bourne, Cocoa Tea yang diperbuat daripada 100 peratus biji koko tulen yang dipanggang dan dijadikan sebagai minuman berbentuk teh antara yang bakal menjadi produk popular di Malaysia kelak.

Objektif utama pameran SIAL ini  ialah untuk membuka peluang kepada mereka yang ingin meneroka peluang atau mengembangkan lagi sayap perniagaan dalam industri makanan dan minuman yang baharu atau yang tidak lama memasuki pasaran negara.

Bagi mendapat gambaran jelas, saksikan video Eksplorasi@Mj ini, pasti anda akan berminat untuk memulakan langkah pertama dalam perniagaan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

SIAL, MITEC, coklat, B2B, eksplorasi, inovasi, teknologi