
JIKA rumah anda dipenuhi dengan longgokan getah tayar seperti motosikal, jangan biarkan ia djadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Daripada terus dibiarkan, alangkah baiknya barang terpakai itu dimanfaatkan dengan kreatif iaitu dijadikan sebagai barangan hiasan dalaman rumah.
Justeru, Majoriti ingin kongsikan lima langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri atau DIY (Do It Yourself) untuk dijadikan bingkai cermin hiasan berkonsepkan unik serta moden:
BACA LAGI: 'Bahasa saya dan bangunan sama', Harbia wanita pertama ketuai projek pulih semula kota warisan Yaman
Tayar motosikal terpakai juga boleh diubahsuai menjadi hiasan dalaman rumah. — Gambar hiasan
Sediakan tayar motosikal atau basikal terpakai
Pertama sekali, pastikan tayar yang digunakan sudah dibersihkan dengan teliti agar tiada bakteria atau virus dapat tersebar.
Pastikan segala kotoran, debu dan minyak dicuci pada seluruh sudut tayar.
Menggunakan cat khas pelbagai warna
Gunakan semburan cat khusus untuk getah tayar pilihan anda untuk menambahkan lagi seri pada hiasan.
Warna juga adalah mengikut selera masing-masing, sama ada hitam, emas atau warna terang supaya lebih menyerlah.
Sediakan cermin
Untuk menjadikan tayar sebagai bingkai cermin, anda perlu mendapatkan saiz dan bentuk cermin yang bulat bersesuaian dengan saiz tayar.
Anda juga digalakkan membawa tayar tersebut ke kedai cermin untuk pengukuran tepat.
Harga anggaran untuk cermin bulat bersaiz sederhana adalah sekitar RM15, bergantung kepada ketebalan dan jenis cermin.
Lekatkan cermin pada celahan tayar
Seterusnya, gunakan gam panas (hot glue) untuk melekatkan cermin ke dalam celahan tayar.
Bagi memastikan ketahanan jangka panjang, anda perlu memilih gam panas jenis heavy bond (sesuai digunakan pada permukaan getah, kaca dan banyak lagi).
Hiasan Tambahan Menggunakan Headcoaster
Untuk sentuhan yang lebih estetik, gunakan bahan hiasan lain yang boleh didapati di kedai serbaneka.
Anda juga boleh menambahkan tali untuk menggantung atau sebagai elemen dekorasi tambahan di dalam rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram