
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem mengambil maklum tentang dakwaan bayi diserang sawan ketika menerima rawatan di Hospital Melaka yang tular sejak Isnin.
Dakwaan itu mengatakan bayi perempuan 22 bulan yang demam panas sebelum terkena sawan berpunca daripada kecuaian petugas hospital berkenaan.
Pihaknya sudah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka untuk melakukan siasatan segera dan butiran lengkap akan dimaklumkan kelak.
BACA LAGI: Pasangan suami isteri dirempuh di NKVE masih di ICU, polis sahkan pemandu bukan pemilik Navara hitam
BACA LAGI: Tak pulang rumah sejak Khamis, 4 hilang lepas masuk hutan di Lahad Datu
Menurutnya, siasatan perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada semua pihak bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau pada masa sama meminta orang ramai agar tidak membuat kesimpulan melulu berhubung perkara itu.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan bayi tersebut sedang menangis teresak-esak ketika diberi oksigen selepas diserang sawan.
Menerusi video dikongsikan ibu bayi berkenaan, anak sulungnya itu terpaksa menunggu 11 jam untuk mendapatkan rawatan pada Sabtu lalu.
Wanita tersebut turut mendakwa petugas kesihatan tidak segera memberi bantuan walaupun suhu badan anaknya ketika itu sudah mencecah 40 darjah celcius.
Bagaimanapun, anaknya kini dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi masih dalam pemantauan rapi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak hospital berhubung kejadian tersebut. — The Star/RSN MURALI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram