
POLIS mengesahkan bahawa pemandu kenderaan Nissan Navara hitam yang merempuh motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kuala Lumpur pada Sabtu lalu bukan pemilik kereta terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sehingga Ahad, mangsa yang cedera parah masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan dalam pemerhatian pihak hospital.
"Polis turut memohon lanjutan reman ke atas suspek," katanya pada Isnin.
BACA LAGI: Tak pulang rumah sejak Khamis, 4 hilang lepas masuk hutan di Lahad Datu
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan kereta tersebut merempuh sebuah motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri berhampiran Plaza Tol Duta sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Kedua-dua mangsa cedera dengan isterinya mengalami pendarahan dalaman di otak dan patah tulang rusuk.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pemilik sebenar kenderaan yang dikenali sebagai Balan kemudiannya tampil dan mendakwa keretanya dipandu oleh individu lain ketika kejadian. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram