
SEKURANG-KURANGNYA 21 penumpang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Sri Lanka pada pagi Ahad.
Dalam kejadian itu, bas yang membawa 75 penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Kataragama ke Kurunegala.
Berdasarkan laporan agensi, insiden pukul 11 pagi itu berlaku apabila pemandu bas hilang kawalan ketika cuba membelok ke kiri sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung yang kedalaman hampir 100 meter.
BACA LAGI: Pasangan suami isteri dirempuh di NKVE masih di ICU, polis sahkan pemandu bukan pemilik Navara hitam
BACA LAGI: Tak pulang rumah sejak Khamis, 4 hilang lepas masuk hutan di Lahad Datu
Bas tersebut terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter. — Agensi
Nahas itu menyebabkan lebih 35 orang cedera dengan 15 dalam keadaan kritikal termasuk dua kanak-kanak.
Kesemua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital di Nuwara Eliya, Kambalai dan Navalapatti.
Manakala, mangsa yang parah dipindahkan ke Hospital Daerah Nuwara Eliya untuk rawatan lanjut.
Timbalan Menteri Pengangkutan dan Lebuhraya Prasanna Gunasena berkata, pihak kerajaan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram