Tak pulang rumah sejak Khamis, 4 hilang lepas masuk hutan di Lahad Datu


  • 112
  • Isnin, 12 Mei 2025

Operasi SAR sedang dilakukan oleh pasukan bomba untuk menjajki empat mangsa di dalam hutan di Tamaco Tungku, Sabah. — Gambar hiasan/The Star

SERAMAI empat individu dipercayai hilang selepas mencari makan dalam hutan di Tamaco Tungku, Lahad Datu, Sabah. 

Bagaimanapun, hanya satu laporan diterima iaitu melibatkan seorang lelaki dikenali sebagai Fendery Ani, 37, setakat ini.

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian

BACA LAGI: [VIDEO] 'Along berhak diberi peluang', aktivis terkenal bantu bekas banduan cari kerja di Pulau Tioman

BACA LAGI: Cedera diserang 5 lelaki sebaik tiba di rumah bakal isteri, pengantin lelaki tetap akad nikah di katil hospital Palembang

Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, keempat-empat mangsa dikatakan meneroka hutan itu sekitar pukul 4 petang Khamis lalu. 

"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh sepupu Fendery, mangsa sepatutnya pulang pada Ahad tetapi sehingga Isnin masih tiada.

"Anggota kami sudah ke kawasan terakhir kali Fendery dilihat untuk mendapatkan butiran lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Menurutnya, percubaan untuk menghubungi lelaki itu melalui telefon pintarnya juga tidak berjaya.

Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tiga mangsa lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram