
SEJARAH menunjukkan inovasi terbaik datang daripada perspektif yang pelbagai.
Namun begitu, wanita masih kurang diwakili dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutamanya dalam AI.
Menurut American Association of University Women, hanya 28 peratus daripada tenaga kerja global dalam bidang STEM terdiri daripada wanita dan angka itu lebih rendah dalam bidang AI dan kejuruteraan komputer.
BACA LAGI: Padanan eksklusif G2000 dan Tudung Fazura serlah profesionalisme wanita berkerjaya
BACA LAGI: Padanan eksklusif G2000 dan Tudung Fazura serlah profesionalisme wanita berkerjaya
Di Indonesia, hanya 12 peratus graduan STEM adalah wanita. Tanpa perwakilan yang seimbang dalam membentuk teknologi, negara tersebut berisiko kehilangan idea dan perspektif penting yang mampu memacu inovasi lebih inklusif.
Untuk mengatasi isu itu, Microsoft bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (Kemkomdigi) negara berkenaan serta 18 rakan kongsi melancarkan elevAIte Indonesia, sebuah inisiatif bertujuan membekalkan kemahiran AI kepada sejuta bakat Indonesia secara inklusif.
Menurut Pengarah Kemahiran AI Kebangsaan, Microsoft Indonesia, Arief Suseno, teknologi AI bukan sahaja membuka peluang baharu, malah mengubah cara manusia bekerja dan berinovasi.
"Namun, manfaat AI hanya boleh dirasai sepenuhnya jika lebih ramai mempunyai kemahiran untuk menggunakannya.
"Program elevAIte Indonesia direka untuk memastikan semua pencipta perubahan tanpa mengira latar belakang mempunyai akses kepada kemahiran AI untuk mencipta penyelesaian, meningkatkan produktiviti dan membawa perubahan sebenar kepada komuniti mereka," katanya.
Menyedari jurang berkenaan, inisiatif elevAIte Indonesia turut memberi fokus khusus kepada penyertaan wanita melibatkan tiga individu iaitu Dewi, Diana dan Nura.
Tiga wanita tersebut muncul sebagai contoh inspirasi tentang bagaimana AI boleh memperkasa wanita dalam peranan berbeza.
1. Dewi
Dewi memperkenalkan AI kepada rakan sejawat dan golongan pendidik untuk meningkatkan pentadbiran dan strategi pembelajaran berasaskan data. — Agensi
Sebagai pegawai di Pusat Jaminan Mutu Pendidikan (BBPMP) Sulawesi Selatan, Dewi Sartika Salam memainkan peranan penting dalam memproses dan mentafsir data pendidikan bagi menyokong cadangan dasar yang memberi kesan meluas.
Berbekalkan latar belakang statistik, beliau berupaya menganalisis data untuk mengenal pasti corak, menilai dasar dan memahami keperluan pendidikan di kawasannya.
Beliau bagaimanapun belum pernah menggunakan AI untuk menganalisis data berskala besar, sehinggalah selepas menyertai program Biji-Biji Initiative, satu inisiatif di bawah elevAIte.
Latihan itu memperkenalkan beliau kepada Microsoft Copilot, yang memperluas keupayaan analisisnya, termasuk menapis dan mengenal pasti corak menarik daripada data dengan lebih pantas.
Melalui program latihan dikendalikan, Dewi memperkenalkan AI kepada rakan sejawat dan golongan pendidik untuk meningkatkan pentadbiran dan strategi pembelajaran berasaskan data.
“Teknologi ini bukan sekadar chatbot, ia benar-benar membantu kerja kami. Saya kini lebih yakin menggunakan AI untuk mentafsir data dan menyampaikan maklumat kepada pembuat dasar,” katanya.
Beliau juga berkongsi ilmu AI dengan komuniti suri rumah setempat, termasuk membantu ibu bapa menyelesaikan masalah matematik anak-anak mereka menggunakan Copilot.
2. Diana
Diana menyertai program Perempuan Pandai AI yang dikendalikan oleh NUCare Global by LAZISNU. — Agensi
Selepas menamatkan pengajian dalam Sarjana Perakaunan, Diana Putri memilih untuk memberi tumpuan kepada keluarganya, namun semangat untuk terus belajar tidak pernah pudar.
Diana menyertai program Perempuan Pandai AI (PandAI) yang dikendalikan oleh NUCare Global by LAZISNU.
Pada mulanya, beliau menyertai program itu kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Namun, beliau mula menyedari AI bukan sekadar teknologi futuristik tetapi alat yang dapat membantunya dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk keibubapaan dan penerokaan perniagaan.
“Copilot bantu saya menapis nasihat keibubapaan dan beri idea aktiviti menarik bersama anak-anak.
"Sekarang saya juga sedang meneroka peluang perniagaan dengan bantuan AI,” kata Diana.
Beliau menyeru lebih ramai wanita untuk tidak takut menggunakan teknologi dan melihat AI sebagai alat sokongan dalam kehidupan seharian.
3. Nura
Walaupun menerima pelbagai anugerah, Nura sedar teknologi akan terus berkembang. — Agensi
Bagi Nura Uma Annisa, seorang guru yang juga penerima anugerah Most Inspiring Teacher, AI menjadi platform memperkasa murid dan rakan guru yang lain.
Sejak menyertai Microsoft Innovative Educator Experts (MIEE) pada 2012, beliau giat mencari kaedah baharu dalam pendidikan inovatif.
Walaupun menerima pelbagai anugerah, beliau sedar teknologi terus berkembang dan AI adalah langkah seterusnya yang perlu dikuasai.
Melalui program elevAIte Indonesia bersama rakan seperti Dicoding, Nura memahami AI bukan sekadar memberi arahan dan menerima jawapan, tetapi berfungsi seperti neuron otak, menganalisis dan memproses maklumat secara kompleks.
Melalui latihan bersama Dicoding, beliau menjadi tenaga pengajar bertauliah dalam asas AI (AI-900) dan menggunakan aplikasi seperti Minecraft Education serta Copilot untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif.
Murid-murid di sekolah beliau kini bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi juga pencipta.
Mereka membina komik pembelajaran berasaskan AI, projek kod ringkas dan papan penceritaan dengan bantuan Copilot.
“Pelajar saya kini bukan sahaja menggunakan teknologi, malah mereka membuat ciptaan dengannya. Namun peranan guru kekal penting untuk membimbing mereka dalam dunia digital,” jelas Nura.
Ketiga-tiga kisah tersebut mencerminkan misi utama elevAIte Indonesia bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang, boleh menjadi pencipta perubahan dalam era AI.
Microsoft dan rakan-rakan strategik membuka ruang kepada lebih ramai rakyat Indonesia untuk mengembangkan kemahiran mereka melalui latihan yang inklusif dan praktikal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram