Ibu bapa baharu jangan 'culture shock', bayi boleh keliru puting jika diberi minum susu guna cawan


  • Sihat
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Teknik penyusuan menggunakan cawan dijadikan langkah sementara bagi memastikan bayi tetap mendapat nutrisi secukupnya.

RAMAI ibu bapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) atau Unit Penjagaan Khas Bayi (SCN) terkejut apabila mendapati bayi mereka tidak diberi susu melalui botol, sebaliknya menggunakan cawan kecil.

Perkara itu dikongsikan seorang doktor wanita menerusi aplikasi Thread miliknya, littlemisshappyfeet pada Jumaat lalu.

"Ramai ibu bapa terkena kejutan budaya (culture shock) apabila masuk wad bayi bayu lahir.

"Bayi baru lahir semua pandai okey, kita sahaja yang ingat mereka lemah atau tidak tahu apa-apa," tulisnya. 

BACA LAGI: Bayi lelaki 5 bulan dilaporkan meninggal dunia bawah jagaan pengasuh di Kangkar Pulai

BACA LAGI: Pakar dedah risiko bayi duduk 'baby walker', bataskan tumbesaran anak

Bayi dilatih minum dengan cawan semenatar menunggu dia kuat dan bersedia untuk menyusu daripada payudara.

Menurut pengamal perubatan tersebut, kaedah itu bukanlah satu kelainan atau berlaku disebabkan tiada kemudahan sesuai. 

Jelas beliau, ia sebenarnya satu pendekatan klinikal yang terbukti membantu perkembangan penyusuan bayi, terutama bagi bayi pramatang atau yang masih belajar menyusu secara terus daripada payudara.

Tujuan utama penggunaan cawan adalah untuk mengelakkan kekeliruan puting (nipple confusion).

"Ia satu keadaan yang mana bayi menjadi keliru apabila diperkenalkan kepada dua cara menyusu yang berbeza (puting botol dan payudara) dalam tempoh awal. 

"Kekeliruan ini boleh menyebabkan bayi menolak penyusuan secara langsung, sekali gus menyukarkan proses penyusuan ibu.

"Jadi kita latih dia minum dengan cawan dulu, sambil tunggu dia kuat dan bersedia untuk menyusu sepenuhnya daripada payudara," ujarnya.

Oleh itu, teknik penyusuan menggunakan cawan dijadikan langkah sementara bagi memastikan bayi tetap mendapat nutrisi secukupnya sambil menunggu kekuatannya pulih dan bersedia untuk penyusuan penuh secara terus.

Walaupun kelihatan asing bagi sesetengah ibu bapa, teknik tersebut sebenarnya selamat dan berkesan, dengan syarat dipantau oleh petugas kesihatan terlatih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram