
RAWATAN Persenyawaan in Vitro (IVF) menjadi harapan buat pasangan suami isteri yang berdepan isu kesuburan, dengan kadar kejayaan kumulatif sekitar 60 hingga 70 peratus.
Namun, kaedah itu bukanlah jaminan mutlak yang menjanjikan cahaya mata kerana wanita yang hamil menerusi IVF perlu melalui pengalaman dan cabaran cukup getir sepanjang proses mengandung.
Pakar perubatan menjelaskan bahawa keguguran boleh berlaku walaupun dilengkapi dengan perancangan teliti dan perubatan canggih masa kini.
BACA LAGI: Tepis dakwaan anak ramai susah berbelanja, Alif Satar rancang legasi keluarga sejak usia muda
BACA LAGI: Air mesin penapis tak selamat diminum bayi? Ketahui kaedah terbaik bancuh susu formula
Rawatan IVF memerlukan khidmat dan pantauan daripada doktor pakar. — The Star
Faktor-faktor mempengaruhi risiko keguguran IVF
1. Umur
- Wanita berumur di bawah 35 tahun mempunyai kadar keguguran sekitar 10 hingga 15 peratus dan akan meningkat kepada 30 peratus apabila menjangkau usia 39 tahun.
– Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, risiko keguguran meningkat kepada 30 hingga 50 peratus.
2. Keabnormalan genetik
– Embrio yang terbentuk semasa IVF mungkin mengalami penyimpangan kromosom, menyukarkan kelahiran bayi normal.
3. Faktor rahim
– Keabnormalan dalam rahim boleh menghalang embrio daripada menanam atau membesar dengan baik.
4. Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)
– Gangguan hormon ini boleh mengganggu ketebalan lapisan rahim dan menyukarkan implantasi embrio.
5. Masalah lapisan endometrium
– Lapisan endometrium yang tidak sihat menyukarkan embrio untuk melekat dan boleh membawa kepada kegagalan implantasi berulang.
6. Gangguan autoimun
– Kehamilan boleh mencetuskan serangan autoimun dalam badan wanita dan seterusnya menjejaskan perkembangan janin.
Tanda-tanda keguguran
Pasangan yang menjalani IVF perlu peka dengan tanda-tanda keguguran seperti:
Kehamilan menerusi rawatan IVF juga berdepan risiko tinggi keguguran. — Gambar hiasan
1. Pendarahan faraj dari tompokan ringan hingga pendarahan berat seperti haid.
2. Kekejangan atau sakit perut terutama di bahagian bawah perut atau belakang.
3. Sakit pinggang yang berterusan dan tidak hilang.
4. Sakit pelvis yang mirip seperti sakit senggugut.
Petua elak risiko keguguran selepas IVF
Pasangan yang menjalani rawatan IVF digalakkan untuk mengikuti beberapa langkah pencegahan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti berikut:
1. Hadkan pengambilan kafein
– WHO mengesyorkan wanita hamil mengurangkan pengambilan kafein harian kurang daripada 300mg sehari.
– Pengambilan kafein yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran dan bayi pramatang.
2. Jauhi bahan kimia berbahaya
– Elakkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya, toksin atau pencemaran persekitaran.
– Pemakaian topeng pelitup muka sangat digalakkan bagi individu yang bekerja di kawasan terdedah kepada pencemaran.
3. Berehat secukupnya
– Selepas menjalani proses IVF dan semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil perlu berehat dalam suasana yang tenang dan selesa.
– Elakkan aktiviti fizikal berat atau tekanan emosi yang melampau.
4. Dapatkan sokongan emosi
– IVF boleh menjadi perjalanan emosi yang mencabar, maka segera dapatkan sokongan daripada pasangan, keluarga, atau kumpulan masyarakat yang berpengalaman.
– Pertimbangkan sesi kaunseling ataupun terapi bersesuaian jika stres. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram