
FASA perkembangan dan tumbesaran bayi bergerak seiring dengan usia dan kesihatan si kecil.
Melangkah usia antara sembilan hingga 12 bulan, kebiasaannya bayi sudah boleh mula berjalan dan berpaut pada barangan sebagai sokongan untuk melangkah dengan lebih kuat.
Namun, beberapa perkara sering menjadi penghalang dan mengganggu tumbesaran mereka daripada terus meneroka kebolehan dan keupayaan diri.
BACA LAGI: Sah hamil, 6 langkah utama mommies wajib buat lepas lihat 'double line'
BACA LAGI: [VIDEO] Menyentuh hati, pegawai polis kongsi pengorbanan wanita rayu ikat jamin anak di mahkamah
Kecuaian dan percaturan salah ibu bapa menjadi antara faktor utama mendorong kepada kelewatan anak-anak untuk berkembang dari segi fizikal dan kecerdasan otak.
Baby walker melemahkan perkembangan otot kaki si kecil untuk meneroka keupayaan berjalan. — Gambar hiasan
Dari sudut konteks barangan permainan, pejalan kaki bayi ataupun baby walker merupakan peralatan yang paling dilarang digunakan oleh bayi yang baru berjinak untuk meneroka keupayaan kaki mereka.
Seorang doktor pakar pediatrik, Redza Zainol tampil merungkai bahaya penggunaan baby walker dalam kalangan bayi.
Merujuk kepada laporan ujian imbasan CT seorang bayi di kliniknya baru-baru ini, pesakitnya difahamkan mengalami pendarahan otak dan keretakan tempurung kepala akibat terjatuh dari permainan tersebut.
"Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni, dia naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.
"Tangga tu tak tinggi pun, tapi laporan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.
Lidah saya kelu dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk diberikan rawatan lanjut," katanya menerusi hantaran di laman Threads pada Rabu.
Berdasarkan kajian antarabangsa, pakar turut menyatakan kesan dan risiko bahaya dihadapi bayi sekiranya menggunakan baby walker.
Selain daripada isu kecederaan, si kecil berdepan masalah paling kritikal apabila berpotensi untuk lambat berjalan walaupun sudah berusia tujuh tahun.
Kebergantungan kepada peralatan tersebut membuatkan kekuatan otot kaki bayi sukar dibentuk selain keseimbangan badan yang tidak stabil untuk berdiri tegak.
Justeru, ibu bapa digalakkan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk belajar berdikari dalam soal perkembangan fizikal mereka.
Sokongan seperti papah dan memimpin tangan mereka ketika sedang berjalan merupakan kaedah terbaik dalam mendorong kekuatan serta kebolehan mereka di peringkat bayi.
Sebagai alternatif kepada baby walker, ibu bapa boleh menyediakan kandang bayi (playpen & crib) yang lebih disyorkan oleh pakar antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram