
PERUBAHAN zaman memperlihatkan kemajuan dalam pelbagai bentuk dari segi teknologi, kehidupan, gaya hidup dan sebagainya.
Dari segi gaya hidup, tentunya ada aktiviti yang berbeza daripada zaman sekarang berbanding beberapa dekad lalu.
Apakah perbezaan tersebut begitu ketara? Dan bagaimana pula orang bercinta zaman dahulu?
Dikongsikan sebuah hantaran di Facebook Firdauz Abdullah, dia dan isteri meluahkan rasa bertuah kerana hidup pada era 80-an.
BACA LAGI: [VIDEO] Jangan buat-buat tak faham, parkir 'pink' khas untuk wanita saja!
Firdauz menunjukkan koleksi Lego yang menjadi hobi baharunya bersama isteri.
Dia sempat merasai perubahan teknologi seperti kamera filem hingga ke kamera digital sebelum penggunaan telefon pintar digunakan secara meluas sebagai kamera.
Selain itu tentulah lagu dalam bentuk kaset dan cakera padat (compact disc) atau CD, filem dalam bentuk video compact disc (VCD) dan sebagainya sebelum semua itu boleh dimuat turun secara online ke telefon bimbit.
“Budak zaman 80-an lah paling bertuah sebab dapat merasa hidup di zaman tersebut. Kami sempat sewa filem dalam bentuk VHF (very-high frequency), beli filem dalam format CD/VCD di kedai Speedy - stream filem secara online,” katanya.
Pondok telefon awam pernah menjadi tempat bergayut remaja bercinta dahulu.
Selain itu, Firdauz turut berkongsi bibit-bibit percintaannya dengan isteri tercinta bermula dengan telefon awam untuk menghubungi antara satu sama lain.
“Kami sempat bergayut di pondok telefon awam, bergayut di telefon guna kad top up (kad tambah nilai, melayari platform Yahoo Messenger dan Skype. Bergayut pakai bil sendiri bayar.
“Pernah juga makan KFC yang dihidangkan dalam pinggan, siap ada sudu dan garfu besi, sos cili Thai dalam botol tau, siap bawa balik,” ujarnya sambil ketawa.
Berbicara mengenai teknologi, pasangan tersebut juga pernah menggunakan disket jenis floppy disk untuk kegunaan kerja.
“Kami sempat save files dalam bentuk floppy disk yang 'gedabak' dan lembut tau. Lepas itu guna thumb drive (64 megabait) hinggalah kini dalam aplikasi storan Cloud. Memori sungguh semua tu,” kongsinya.
Oleh sebab itulah, Firdauz dan isteri masih menyimpan beberapa item untuk dijadikan kenangan.
“Siri yang aku membesar dan belajar banyak perkara! Perasaan gembira tu tak terkata weh! Redalah puan isteri dengan perangai suaminya yang satu ini,” ujarnya.
Tangkap layar komen warga maya yang menggamit memori di Facebook Firdauz.
Perkongsian tersebut berjaya menarik ramai warga maya yang turut berkongsi pengalaman yang sama sambil mengenang nostalgia masing-masing.
“Itulah kadang-kadang cerita kat anak-anak memori dulu-dulu, mereka pun tak boleh bayangkan macam mana seronoknya kita dulu.
“Sekarang keluar depan rumah pun kena marah sebab sekeliling semua warga asing, nak jalan kaki pergi sekolah atau masjid pun takut,” komen salah seorang pengguna Facebook.
Begitulah peredaran zaman yang mungkin sesetengah daripada kita tidak faham keadaan semasa itu.
Nostalgia akan menggamit memori, justeru jangan kita lupakan yang lama dan hargai persekitaran baharu pada masa ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram