[VIDEO] Tak lupa tanggungjawab, Nabila Huda tahan mata balik 'shooting' untuk masak bekal anak, sarapan suami


  • Relaks
  • Rabu, 30 Apr 2025

Nabila Huda sentiasa mengutamakan keluarga walaupun sibuk dengan jadual lakonan yang padat.

BIARPUN sibuk dengan jadual lakonan padat dan tawaran berlakon mencurah-curah, Nabila Huda, 40, sentiasa mengutamakan keluarga walau apa jua cara.

Mengakui dirinya cukup sukar membahagikan masa bersama anak dan suami, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 itu bagaimanapun menganggap ia sebagai satu bentuk pengorbanan bergelar anak wayang.

Katanya, kedua-dua perkara itu sangat penting dalam hidupnya dan akan dilakukan sebaik mungkin tanpa culas dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

BACA LAGI: Balas Balik tampil kisah 'espionage', babak saspens cabar adrenalin penonton

BACA LAGI: Tampil identiti Barbarik, Jo Branko cabar adrenalin penonton di konsert Pentas Peluru Cokelat

Setiap kali selesai sesi penggambaran drama ataupun filem, Nabila yang mesra disapa Abil akan mencuri masa sekurang-kurangnya dua hari berehat untuk meluangkan masa bersama anak dan suami.

"Apa-apa pun, my career is always number one, tapi apabila saya cuti, inilah masanya yang saya akan luang masa dengan mereka sepuas-puasnya dan saya pula jenis memang kalau tak kerja, saya suka duduk rumah.

"Jadi apabila saya tak kerja untuk dua hari, kerja saya berkurung dalam rumah dan saya akan cuba create a moment with my family, macam memasak untuk mereka.

"Apa yang saya buat ialah cuba cari juga masa untuk bagi perhatian kepada keluarga. Contohnya kalau balik shooting pukul 4 pagi, saya cuba tahan mata, cuba masak untuk keluarga especially for my daughter, supaya dia boleh bawa bekal pergi sekolah.

"Dan juga kalau suami saya bangun, dia boleh bersarapan. Setakat ini, saya dapat bahagikan masa jadi okay lah," katanya kepada Majoriti pada sidang media filem Gayong di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

 

 

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi legenda rock Amy Search itu turut menjelaskan dia dan suami akan menetapkan tempoh percutian selama sebulan demi kepuasan dan masa berkualiti dengan anaknya, Keisha Laila, 15.

Menganggap ia sebagai momen privasi tanpa terikat dengan mana-mana jadual lakonan, Nabila lebih gemar menghabiskan percutian dalam tempoh lama berbanding sekadar bercuti hujung minggu.

"Saya tak akan pernah berhenti untuk explore pelbagai jenis karakter sebab saya seorang yang gigih bekerja dan cintakan bidang seni.

"Jadi, untuk berehat tu ada contoh, kadang-kadang ada juga saya cuti sebulan dan apabila saya cuti sebulan, saya akan pergi bercuti panjang.

"Saya jenis kalau bercuti, bercuti panjang...tak ada cuti dua tiga hari, saya sejenis yang cuti sebulan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila yang menggerakkan naratif filem Gayong memainkan peranan penting dengan memegang watak sebagai Che Som, isteri kepada Meor lakonan hebat Beto Kusyairy.

Merupakan sebuah filem diinspirasikan daripada kisah perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), ia merupakan naskhah pertama yang menyaksikan Nabila beraksi dalam seni silat gayong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram