
RAMAI orang mahir bawa motosikal, tapi tak ramai orang ambil berat tentang undang-undang dan keselamatan ketika menunggang jentera tersebut.
Helmet atau topi keledar merupakan pelindung kepala yang wajib disarungkan ketika menunggang motosikal.
Menjadi satu kesalah jika tidak memakainya dan berdasar salah laku trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kompaun atau saman maksimum RM300 boleh dikenakan terhadap pelaku yang tidak memakai helmet oleh pihak berkuasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Jangan buat-buat tak faham, parkir 'pink' khas untuk wanita saja!
BACA LAGI: Lukisan Mercedes-Benz 300 SL pernah dijual RM7,500, karya automotif julang nama graduan UiTM
Akan tetapi, pakai sahaja tidak cukup jika ia tidak diikat atau diklip dengan kemas dan sempurna.
Perkara tersebut sering dipandang ringan terutamanya jika jarak perjalanan ke destinasi dekat misalnya hendak pergi ke kedai, hantar anak ke sekolah dan sebagainya.
Pemikiran seperti ini perlu dihentikan kerana bukan jarak jadi ukuran anda untuk mengikat tali topi keledar atau tidak, ia perlu sentiasa dipakai di atas motosikal.
Tahun lepas, Menteri Pengangkutan menyatakan statistik kemalangan jalan raya dan paling ramai adalah dalam kalangan penunggang motosikal, hampir 65 peratus.
Benar, topi keledar tidak menjamin nyawa kita tapi setidak-tidaknya ia mampu melindungi kepala anda daripada hentakan atau impak yang kuat di kepala, jika berlaku sebarang kemalangan.
Sebagai tambahan, sekiranya anda ingin menggunakan topi keledar yang dipasang dengan cermin pelindung muka, digalakkan untuk mendapatkan cermin pelindung muka yang jernih dan tidak berwarna bagi tidak mengganggu pandangan mata.
Ingat malang tidak berbau, kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa saya dan ingatlah orang yang tersayang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram