
DALAM dunia hartanah dan dekorasi hari ini, reka bentuk dalaman yang dianggap lapuk masih kekal relevan di pasaran.
Faktor harga yang lebih murah serta reka bentuk yang lebih ringkas dan arus perdana menjadikan gaya lama ini mudah diterima, khususnya bagi pemilik rumah baharu.
Malah, banyak elemen dekorasi terdahulu memang dicipta untuk memudahkan pembinaan dan susun atur ruang kediaman.
BACA LAGI: Jangan buang pasu lama! Transformasi kreatif bergaya 'rustic', suntik kesegaran pada ruang kediaman
BACA LAGI: Tandas 'Instagrammable' cantik berhias, trend 'toiletscaping' terus dipopularkan pempengaruh deko
Namun begitu, di sebalik kelebihan tersebut, penggunaan reka bentuk dalaman lapuk boleh membawa kesan negatif terhadap nilai hartanah anda, terutamanya jika anda bercadang untuk menjual rumah dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Di sebalik kecantikannya, gaya lapuk berisiko membuatkan kediaman kelihatan ketinggalan zaman dan kurang menarik di mata pembeli moden.
Menurut laporan Design Times, mendapatkan khidmat pereka dalaman profesional penting untuk memastikan kediaman anda kekal relevan dengan trend semasa.
Walaupun dekorasi vintaj atau elemen klasik masih boleh diterapkan jika kena dengan konsep peribadi, melakukannya sendiri tanpa panduan boleh mengundang kos renovasi tambahan pada masa depan.
Berikut lima gaya reka bentuk dalaman yang kini dianggap lapuk dan disarankan untuk dielakkan:
Trend penggunaan satu sumber cahaya dalam sesuatu ruang sudah dianggap ketinggalan zaman.
Pencahayaan tunggal dalam ruang
Menurut Boutique Handle Co, trend penggunaan satu sumber cahaya dalam sesuatu ruang sudah dianggap ketinggalan zaman.
Dalam era moden, konsep pencahayaan berlapis lebih digemari kerana membolehkan pencahayaan ruang diubah suai mengikut suasana.
Satu lampu utama sahaja boleh menyebabkan ruang terasa sama ada terlalu terang atau malap.
Pelan terbuka boleh menghasilkan gema yang mengganggu.
Pelan lantai terbuka
Dahulu, pelan lantai terbuka menjadi pilihan utama kerana ia memudahkan pergerakan dan memberi ilusi ruang lebih luas.
Kini, semakin ramai pemilik rumah meninggalkan konsep itu.
Menurut BuzzFeed, pelan terbuka boleh menghasilkan gema yang mengganggu, selain menjejaskan privasi apabila segala aktiviti harian mudah dilihat dari satu ruang ke ruang lain.
Warna kelabu dianggap membosankan dan membuatkan kediaman kelihatan tua.
Dominasi warna kelabu
Antara tahun-tahun kebelakangan ini, rona kelabu menjadi pilihan popular untuk dekorasi dalaman.
Namun kini, warna itu dianggap membosankan dan membuatkan kediaman kelihatan tua.
Menurut Investopedia, pembeli rumah generasi milenial lebih cenderung memilih gabungan warna yang lebih ceria dan segar.
Warna putih pula masih relevan kerana ia mudah digabungkan dengan pelbagai palet warna lain.
Gaya rumah ladang
Gaya rumah ladang (farmhouse) dengan elemen rustic, dinding shiplap dan kayu semula jadi sememangnya menarik jika anda benar-benar tinggal di kawasan desa.
Dalam suasana bandar, konsep itu boleh kelihatan janggal dan tidak sepadan dan ada banyak alternatif gaya tradisional yang lebih sesuai untuk rumah di kawasan urban.
Pembeli moden lebih menghargai karya seni bermakna daripada sekadar perkataan biasa.
Dekorasi seni kata
Trend menghias dinding dengan 'word art' atau gambar berbingkai dengan perkataan seperti 'Kitchen' atau 'Home' pernah menjadi fenomena.
Namun, menurut Boutique Handle Co, trend itu patut dihentikan kerana pembeli moden lebih menghargai karya seni bermakna daripada sekadar perkataan biasa.
Memberi ruang kepada karya pelukis tempatan untuk menghiasi dinding boleh memberikan sentuhan yang lebih autentik dan bernilai estetik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram