
PASU bunga lama seringkali menjadi barang terlupa di sudut stor atau beranda apabila retak di mulutnya, pudar warnanya dan ditinggalkan begitu sahaja.
Walaupun kelihatan remeh, pasu-pasu usang itu sebenarnya menimbulkan beberapa masalah dalam pengurusan ruang dan alam sekitar.
Pertama, pasu pecah sukar dikitar semula apabila kebanyakan pasu lama diperbuat daripada tanah liat atau seramik.
BACA LAGI: Kediaman terasa sempit? Kesilapan teknik pemasangan langsir mungkin penyebabnya
Jika retak, tidak boleh diproses bersama kitar bahan plastik atau kaca biasa.
Akibatnya, pasu itu terkumpul di pusat pembuangan sampah dan menyumbang kepada beban tapak pelupusan.
Kedua, pasu tersimpan lama mengambil ruang stor yang berharga apatah lagi rumah kecil atau apartmen, sudut stor yang diisi pasu usang boleh digunakan untuk barangan lain yang lebih berguna.
Keengganan membuang pasu lama kadang-kala kerana nilai sentimental atau sekadar 'nanti boleh guna' membuatkan ruang stor semakin sempit dan kurang teratur.
Ketiga, pasu lama yang terkumpul di laman rumah atau beranda mudah menjadi tempat bertakung air hujan.
Ini boleh menjadi pembiakan nyamuk sekali gus merisiko kesihatan lain, terutama di kawasan lembap apabila pasu yang retak juga berisiko mengumpul kotoran dan lumut.
Pasu lama peninggalan tahun 90-an yang sudah retak dan hampir dilupakan.
Namun usaha daripada seorang individu di media sosial memberikan peluang kedua buat pasu lama wajar dijadikan contoh oleh orang ramai.
Siapa sangka pasu lama peninggalan tahun 90-an yang sudah retak dan hampir dilupakan, boleh bertukar menjadi karya seni dekorasi rumah yang unik dan penuh nilai sentimental?
Perkongsian menarik daripada KC Home itu membuktikan bahawa dengan sedikit kreativiti, sesuatu yang dianggap lusuh boleh dihidupkan kembali menjadi elemen dekorasi yang mahal dan eksklusif.
Pasu lama milik ibunya, yang mulutnya sudah pecah dan lama tersimpan di dalam stor, hampir dibuang kerana keadaannya yang tidak lagi sempurna.
Namun, KC Home melihat potensi dalam pasu itu, dengan izin daripada ibunya, dia mengambil pasu tersebut dan bertekad untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang luar biasa.
KC Home berjaya menggabungkan nilai sentimental dengan kreativiti, menghasilkan pasu serba guna untuk pelbagai gaya.
Inspirasi KC Home adalah untuk menghasilkan sebuah pasu bergaya rustic seolah-olah berasal dari zaman Mesolitik seperti kasar, alami dan penuh karakter.
Untuk mencapai hasil tersebut, KC Home menggunakan simen untuk menampal bahagian sumbing dan seterusnya menyalut keseluruhan badan pasu.
Teknik itu memberikan tekstur rustic yang sengaja dibiarkan tidak sempurna, menampilkan keindahan dalam ketidaksempurnaan.
"Bagi yang tidak faham seni, mungkin nampak selekeh, tetapi bagi saya, ini adalah satu bentuk ekspresi dan penghargaan terhadap sesuatu yang penuh kenangan," ujarnya.
Kini, pasu tersebut berdiri megah dengan sentuhan baharu, seolah-olah pasu eksklusif seperti yang dijual oleh jenama-jenama mewah seperti McGee & Co.
Malah, KC Home berjaya menggabungkan nilai sentimental dengan kreativiti, menghasilkan pasu serba guna untuk pelbagai gaya dekorasi dalaman daripada moden kontemporari hingga ke konsep bohemian dan wabi-sabi.
Perkongsian itu menjadi inspirasi kepada ramai untuk tidak mudah membuang barang lama apabila dengan sedikit usaha dan imaginasi, setiap barangan lama berpotensi diberi 'kehidupan kedua' yang lebih indah dan bermakna. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram