
SEPERTI biji popi, flaks dan hemp, biji chia kini menjadi pilihan utama dalam pelbagai resipi sihat.
Dikenali kerana khasiat nutrisinya yang luar biasa, biji kecil itu telah lama mendapat tempat di hati mereka yang mengutamakan kesihatan.
Namun, bukan sekadar biji chia yang patut diberi perhatian, minyak biji chia juga menyimpan keistimewaannya tersendiri.
BACA LAGI: Solusi praktikal, ilusi ruang kediaman lebih luas dengan lantai jenis SPC
Minyak biji chia juga menyimpan keistimewaannya tersendiri.
Kaya dengan asid lemak penting, minyak biji chia menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan kulit secara semula jadi.
Tumbuhan yang menghasilkan biji chia sebenarnya telah ditanam sejak berabad-abad lalu oleh peradaban Aztec.
Biarpun saiznya kecil, biji chia menyimpan pelbagai manfaat besar untuk kesihatan, termasuk membantu melancarkan pergerakan usus dan memperbaiki sistem penghadaman.
Dengan kandungan semula jadi yang kaya dengan protein, omega-3, serat dan mineral, biji chia bukan sahaja membantu menjaga sistem pencernaan, malah turut menyokong kesejahteraan menyeluruh.
Malah, ada juga yang mempercayai bahawa pengambilan biji chia secara konsisten mampu meningkatkan daya tumpuan, memori, serta kualiti tidur, selain bertindak sebagai penahan selera makan secara semula jadi.
Namun begitu, penting untuk diingat bahawa untuk mendapatkan manfaat optimum, dua sudu besar biji chia sehari sudah memadai.
Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko cirit-birit, justeru kawalan dari segi jumlah adalah kunci.
Minyak Biji Chia: Rahsia baharu untuk kulit dan rambut sihat
Walaupun biji chia yang ditabur di atas pelbagai hidangan sudah dikenali ramai, bukan semua menyedari kehebatan minyak biji chia sebagai ramuan kecantikan semula jadi.
Minyak biji chia menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan kulit dan rambut. Penemuan itu menjanjikan masa depan cerah buat produk tersebut yang kini sudah mula memasuki pasaran kosmetik menerusi kedai-kedai online.
Kaya dengan antioksidan, minyak itu berfungsi melindungi kulit daripada pencemaran, tekanan dan sinaran matahari, menjadikannya pelindung ampuh terhadap penuaan pramatang.
Bukan itu sahaja, kandungan asid lemak omega-3 dalam minyak biji chia membantu meningkatkan keanjalan, kelembutan dan hidrasi kulit, sambil mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Lebih menarik lagi, minyak itu juga mempunyai sifat anti-radang yang kuat untuk menjadikannya pelengkap sempurna bagi rutin penjagaan kulit harian anda.
Dengan segala manfaat yang ditawarkannya, minyak biji chia layak mendapat tempat istimewa di kabinet kecantikan anda! — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram