[VIDEO] Bukit Bintang lokasi 'healing', tak pernah 'mati' meskipun hujan


  • Hobi
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Jalan Bukit Buntang tidak pernah sunyi dari kehadiran warga kota yang ingin berhibur.

HIRUK- PIKUK bandaraya metropolitan Kuala Lumpur bukan penghalang untuk anda ber'healing' selepas seharian memperhambakan diri untuk mencari rezeki.

Eksplorasi@Mj kali ini membawa anda menerokai suasana malam di tengah segi tiga emas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Kepada mereka yang menetap di luar Kuala Lumpur, Bukit Bintang merupakan lokasi yang bingar dengan hiburan jalanan atau lebih popular digelar busker. 

BACA LAGI : [VIDEO] ‘Orang kaya pun pinjam bank’, Boss Wan kongsi rahsia daripada cef menjadi taikun bundle disegani

BACA LAGI : [VIDEO] 'Relaks la game friendly je pun, kau dah kenapa?' — Khalid Jamlus 'sound' pengadil lepas layangan kad merah

Penghibur jalanan tidak pernah menolak permintaan orang ramai untuk didendangkan apa sahaja lagu.

Bukan hanya untuk halwa telinga tetapi anda bagaikan sebuah keluarga besar bersama-sama pengunjung lain melayan aksi hiburan jalanan dengan membuat permintaan lagu dan kadang-kala anda terpanggil berduet dan menari di kaki jalan bersama mereka.

Hiburan jalanan ini bukan sahaja untuk menghiburkan anda tetapi ia juga umpama lubuk rezeki buat penghibur jalanan.

Hujan bukan penghalan buat warga kota untuk berkunjung ke Jalan Bukit Bintang.

Bagaikan berkongsi rezeki, sepanjang jalan Bukit Bintang ini juga terdapat penjaja menjual produk cenderahati, bunga buat tersayang dan tidak kurang juga yang mempamerkan bakat melukis di atas selembar kanvas.

Tonton video lanjut pengambaran penulis yang bersiar-siar dia Bukit Bintang untuk melihat keadaan sebenar bagaiman suasana malam hari di Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram