
"MENJAGA diri sendiri bukanlah disifatkan pentingkan diri, sebaliknya satu keperluan."
Demikian kata-kata dilontarkan pelakon popular Bollywood, Sonali Bendre berusia 50 tahun. Beliau percaya bahawa penjagaan diri adalah asas kebahagiaan.
Sonali dilahirkan di Mumbai pada 1 Januari 1975 menceburi bidang seni pada era 90-an, namun sebelum itu bergelar model.
BACA LAGI: Gaya tanpa sempadan, siapa selebriti negara tersenarai 'carta fesyen pelik'
Namanya melonjak naik menerusi filem-filem popular seperti Sarfarosh (1999), Manmadhudu (2002), English Babu Desi Mem (1996) dan pernah bergandingan bersama aktor terkenal seperti Aamir khan, Datuk Shah Rukh Khan dan Salman Khan.
Pada 12 November 2002, Sonali berkahwin dengan pengarah filem, Goldie Behi dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ranveer pada 2005.
Pun begitu, dalam populariti dikecapi Sonali didiagnosis kanser tahap 4 pada Julai 2018 dan segera menjalani rawatan di New York, Amerika Syarikat di atas pujukan suaminya.
Walaupun pada awalnya Sonali menyalahkan dirinya sendiri sebagai punca penyakit dialami, namun setelah mendapat dorongan dan motivasi daripada pakar psikiatrinyadi New York, beliau bangkit melawan penyakit walaupun ketika itu 30 peratus sahaja kebarangkalian untuk hidup.
Setelah kembali ke India dengan semangat baharu, beliau sering berkongsi kisah perjalanannya melawan kanser di akaun Instagram, di samping menyuntik inspirasi kepada wanita yang senasib dengan dirinya agar jangan berputus asa.
Biarpun tidak lagi aktif berlakon, Sonali kekal relevan dalam industri melalui program televisyen, kempen kesedaran kesihatan dan menulis buku serta aktif sebagai hos The Happy Pawd Cast yang menekankan perihal penjagaan haiwan peliharaan.
Selain itu, wanita berfikiran positif itu turut berkongsi minatnya terhadap yoga dan menjadikan ia rutin harian.
Berikut lima tip bahagia daripada Sonali Bendre.
1) Katakan tidak
Menurut Sonali, anda perlu menetapkan sempadan di tempat kerja dan rumah untuk melindungi tenaga supaya tidak habis dengan perkara tidak perlu.
2) Ilmu bawa kegembiraan
Sonali menggalakkan pembelajaran berterusan sama ada melalui buku atau belajar kemahiran baharu.
Antara ciri-ciri seseorang mempunyai pemikiran untuk sentiasa memperbaharui diri
menambahkan dan pengalaman untuk masa depan.
3) Bersyukur
Kesyukuran membina semula otak untuk kebahagiaan kerana ia membentuk pemikiran positif.
4) Setiap langkah penting
Kenali dan raikan usaha anda bukan sekadar untuk raih kejayaan besar.
Ini disebabkan usaha kita dalam sesuatu proses itu dianggap satu kejayaan tidak kira menang atau tidak. Ia harus diraikan.
5) Kebahagiaan di tangan anda
Ambil iktibar daripada Sonali Bendre, pilihlah untuk mencipta kegembiraan setiap hari, walau sesibuk mana pun jadual harian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram