[VIDEO] Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan 'La Vie En Rose' pukau ribuan penonton di Festival Filem Antarabangsa Beijing Ke-15


  • Hiburan
  • Ahad, 20 Apr 2025

Shila Amzah ketika membuat persembahan pada 15th Beijing International Film Festival yang berlangsung di Beijing pada Jumaat.

PENYANYI popular, Shila Amzah, 34, sekali lagi mencipta nama di bumi China apabila diundang membuat persembahan di pentas berprestij 15th Beijing International Film Festival yang berlangsung dekat Beijing pada Jumaat.

Diberi penghormatan untuk menyampaikan dua buah lagu pada acara penuh gemilang itu, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah

tersebut turut berduet bersama penyanyi popular China iaitu Sun Nan.

Mempamerkan kekuatan vokal di samping mutu persembahan bertaraf antarabangsa, Shila yang tampil menggayakan busana serba hijau itu memukau seluruh penonton yang hadir menyaksikan acara berkenaan.

BACA LAGI: Ratu Rock, pemuzik legenda Jepun bersatu! Kyoji Yamamoto 'goreng' gitar di konsert 30 tahun Ella USA

BACA LAGI: [VIDEO] Tampil berseri lepas 3 bulan berpantang, Nabila Razali definisi wanita di tangan lelaki tepat

Paling mencuri perhatian, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendendangkan sebuah lagu ikonik berbahasa Perancis, La Vie en Rose dengan penuh penghayatan dan kawalan vokal cemerlang.

Terdahulu, karier Shila mula berkembang di negara tembok besar itu selepas dinobatkan sebagai juara dalam program Asian Wave 2012 dan terus meraih populariti usai menyertai program realiti I Am A Singer pada 2014.

Tidak terhenti di situ, bekas peserta One In A Million itu kemudiannya diundang menyertai sebuah rancangan nyanyian popular di China iaitu Singing With Legends pada tahun lalu.

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram, suaminya, Ubai, 27, atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut merakamkan ucapan tahniah dan berbangga atas kejayaan isteri tercintanya di China.

Mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram